MALAYSIAKINI
Kerajaan mempertimbang mengambil tindakan terhadap media yang melaporkan
secara salah berhubung usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 yang hilang.
“Kabinet mengarahkan peguam negara mengumpulkan bukti dan menasihatkan
(berkaitan perkara itu),” kata pemangku menteri pengangkutan
Hishammuddin Hussein dalam Twitter hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan Malay Mail yang memetiknya sebagai berkata, kerajaan “patut menyaman” media ekoran “salah laporan”.
“Kami sudah kumpulkan semua laporan palsu sejak hari pertama. Apabila
tiba masa yang tepat, kerajaan patut saman mereka,” beliau dipetik
sebagai berkata.
Dalam laporan itu, Hishammuddin juga berkata, kerajaan sentiasa telus
dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac – 25 hari lalu itu.
“Kerajaan tiada apa-apa hendak disembunyikan dan saya percaya kebenaran
akan terserlah akhirnya,” beliau dipetik sebagai berkata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan