Jumaat, 4 April 2014

Kajian: ADUN PR lebih responsif aduan rakyat banding ADUN BN

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kajian yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Kuasa mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) lebih responsif terhadap aduan yang dikemukakan orang ramai berbanding ADUN Barisan Nasional (BN).

Keputusan kajian yang disiarkan di laman sesawang mykuasa.org/ms itu juga mendapati 67 peratus ADUN di Selangor membalas aduan yang dikemukakan berbanding hanya 23 peratus di Perak.

sidang dun 01

Kajian yang dijalankan dari 22 hingga 31 Mac itu dibuat menerusi kaedah aduan oleh ‘pengadu misteri’ kepada ADUN di Selangor dan Perak melalui media elektronik e-mel, facebook dan twitter.

Ketua Ekskutif Kuasa, Praba Ganesan berkata wakil rakyat harus bertanggungjawab memberi respon apabila dihubungi orang ramai menerusi alamat yang mereka sendiri berikan.

“Wakil Rakyat Kubu Bahru, Lee Kee Heong dari DAP bukan sahaja dapat dihubungi menerusi ketiga-tiga kaedah, malah beliau menjawab dalam masa 15 minit,” kata Praba dipetik dari MStar semalam.

Selain Kee Heong, Praba juga memuji ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan (PAS); Teratai, Tiew Way Keng (DAP); Kinrara, Ng Sze Han (DAP), Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran (DAP); Kampung Tunku, Lau Weng San (DAP) dan Teja, Chang Lih Kang.

Kata Praba lagi, ADUN yang lebih muda juga didapati lebih responsif apabila dihubungi melalui media elektronik berbanding ADUN berusia 50 tahun ke atas.EZY

Tiada ulasan: