MALAYSIAKINI
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta agar orang ramai menghormati pemergian tokoh DAP Karpal Singh.
Tokoh agama itu juga berkata hadis Nabi Muhammad SAW mengajar supaya
menghormati jenazah tidak kira agama atau bangsa mereka semasa hidup.
"Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun nama atas akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya.
"Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk
mereka. Islam ini kebaikannya untuk semua," kata beliau dalam laman
rasmi facebooknya.
Menurutnya, kegagalan orang Islam menunjukkan budi pekerti yang mulia
bakal menimbulkan prasangka yang tidak baik di kalangan orang bukan
Islam dan penganutnya mungkin dibenci.
Beliau memberi contoh sekiranya seseorang Muslim menolak pandangan tokoh
agama tidak semestinya membenci agama Islam itu sendiri.
Selidik
"Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam.
"Seseorang
non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki
apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam
yang dibawa oleh pihak tertentu," katanya.
Karpal dan pembantunya maut dalam kemalangan di kilometer 306.1
Lebuhraya Utara Selatan dekat Kampar awal pagi ini yang kemudiannya
ramai mengucapkan takziah tetapi terdapat segelintir memberi komen
negatif mengenai kematian Karpal.
Antaranya bekas naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin memberi reaksi seolah-olah lega dengan pemergian bekas pengerusi DAP itu.
Ini kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan
ketiadaannya - yang diketahui umum menentang keras pelaksanaan
undang-undang Islam itu.
Sementara itu Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad turut dikecam
kerana menyiarkan gambar kemalangan itu dengan komen negatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan