SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak untuk mengadakan sidang Dun khas bagi menerangkan keputusan yang telah diambil dalam isu penyelarasan industri air.
Menter Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan perkara tersebut ketika sesi jawab lisan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
"Kita tidak ada masalah dan jika perlu sidang dewan khas ia boleh diadakan bagi kita menerangkan apa keputusan yang telah kita lakukan.
"Dalam pada itu kita boleh mendapat pandangan dari ahli-ahli dewan dalam isu tersebut," jelas beliau.
Khalid turut memberitahu mengenai kesan-kesan yang dihadapi daripada pembinaan Langat 2 akan turut dibentangkan.
"Ahli-ahli dewan inginkan ketelusan dan penerangan tentang penyelarasan penyusunan semula industri air Selangor.
"Kita akan bentang apa yang kita setuju serta kesan-kesan dalam pembinaan Langat 2 termasuk juga harga kenapa ia memberi kebaikan kepada rakyat," sambung beliau.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali ketika ditemui menyambut baik cadangan tersebut.
Beliau berharap sidang dewan khas itu diadakan segera sebelum perjanjian antara kerajaan negeri dan pusat itu ditandatangani bagi memudahkan isi kandungan perjanjian itu diubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan