KUALA LUMPUR - Kerajaan akan cuba yang terbaik untuk memasukkan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014, kata Ketua Setiausaha
Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Mohd Irwan berkata matlamat utama adalah untuk memelihara negara dan tidak membebankan rakyat.
"Akan ada beberapa rebat dan barangan dinilai sifar bagi barangan keperluan seperti beras dan susu tepung," katanya semasa taklimat pertengahan tahun Program Transformasi Ekonomi, di sini, hari ini.
Beliau berkata GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan.
"GST merupakan suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," katanya.
Mengenai rasionalisasi subsidi, beliau berkata pengumuman akan dibuat paling awal minggu depan.
"Ia akan menjadi liberalisasi beransur-ansur dan tidak akan menjejaskan ekonomi. Pembaharuan akan mengambil kira orang ramai," katanya.
Beliau berkata ekonomi berdepan tempoh mencabar disebabkan pertumbuhan rendah dan penurunan imbangan akaun semasa.
Dalam hal ini, beliau berkata, perbelanjaan kerajaan bagi projek-projek perlu diutamakan.
"Kami perlu mengenal pasti apa projek yang mempunyai kandungan import tinggi dan kesan berganda rendah. Bagaimanapun, projek-projek swasta boleh diteruskan," katanya.
Projek prasarana besar seperti transit aliran massa, katanya, perlu diteruskan. - Bernama

No comments:
Post a Comment