Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Lebih 1,000 ahli Kesatuan Kebangsaan
Pekerja-Pekerja Bank (Nube) berhimpun sempena ‘Piket Daulat 6413′ di
Menara Maybank di ibu negara hari ini bagi membantah pengurusan bank
yang menganiaya mereka.
Kumpulan
baju merah itu berarak dari Dataran Maybank ke bangunan CIMB di Jalan
Tun Perak sambil membawa pelbagai sepanduk mengecam pengurusan tiga
bank iaitu CIMB, Maybank dan Bank Mualamat.
Mereka membawa sepanduk dan kain rentang tertulis perkataan ‘Pekerja
Maybank Ditipu’, ‘Adik Najib Razak Mungkir Janji’, Maybank
Anti-Kesatuan’ dan ‘Bank GLC Malaysia, Pengganas Berlesen’.
Setiausaha Agung Nube, J Solomon berkata, himpunan dibuat sempena
genap setahun pemecatan dua pegawai kesatuan pekerja Maybank, Abd Jamil
dan Cheng Kah Fat kerana aktiviti kesatuan.
“Kita dah jumpa PM Najib dan janji selesaikan perkara. Tapi sampai
sekarang masih tak selesai,” kata Solomon yang memaklumkan NUBE menuntut
10 perkara dalam piket berkenaan.
Antaranya
termasuk gaji munasabah, kebajikan pekerja dan hak berpersatuan selain
menghentikan eksploitasi pekerja dan layanan buruk terhadap pekerja
hamil.
“Ketika CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Maybank dapat bonus prestasi 24
bulan gaji, tapi bila nak beri gaji pada pekerja pun susah. Sedangkan
mereka ini bergaji hingga RM120,000 sebulan. Ini menggalakkan jurang
pendapatan.
“Masih ada pekerja mendapat gaji RM845 sebulan. Ini berada di bawah
paras gaji minima,” katanya menambah piket ini antara yang terbesar
pernah dianjurkan Nube.
Tambah Solomon, mesyuarat Exco Nube akan diadakan minggu depan untuk membincangkan langkah seterusnya.
“Harap CEO GLC jangan jadi pekak dan dengar tuntuan kami,” tegasnya kepada Keadilan Daily.
Untuk tonton suasana demo, KLIK INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan