Ahad, 28 April 2013

Penubuhan 2 Ranting KEADILAN Bera lonjak sokongan peneroka


Oleh Norutul Ilham

PAHANG : Dua Ranting KEADILAN dalam Cabang Bera, Pahang berjaya ditubuhkan ketika bahang pilihan raya semakin dirasai.

Menurut calon KEADILAN Parlimen Bera, Zakaria Abdul Hamid, penubuhan Ranting di Bohor Baru dengan penyertaan 35 orang dan Ranting Triang 3, seramai 37 orang itu membuktikan Pakatan Rakyat menjadi pilihan sempena pilihan raya minggu depan.

Ranting

“Parlimen Bera akan bertambah mantap dengan penubuhan dua Ranting tersebut. Ini kerana di lokasi kedua-dua Ranting tersebut terletak dalam kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN) khususnya di Triang 3,” katanya pada kenyataan.

Beliau yakin dengan penubuhan Ranting itu dapat menarik sokongan peneroka Felda dan Felcra.

“Kita yakin dengan penubuhan dua ranting tersebut akan melonjakkan sokongan warga Felda dan Felcra kepada Pakatan di Bera memandangkan Ranting Triang 3 terletak dalam kawasan Felda Triang 3, manakala bagi Ranting Bohor Baru terletak dalam tanah rancangan Felcra.

“Dengan sokongan dari warga Felda dan Felcra terhadap Pakata yang semakin bertambah, misi Pakatan untuk menawan Parlimen Bera pada 5 Mei nanti mampu terlaksana,” kata Zakaria optimis.

Tiada ulasan: