Mohd Arif Juhani
BATU MAUNG: Calon KEADILAN Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin bertekad untuk menaik taraf pengangkutan awam bagi membaiki kualiti hidup rakyat Pulau Pinang.
Beliau akan memberi perhatian utama kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan awam berikutan ia masalah lapuk yang gagal diatasi kerajaan Umno BN.
“Apatah lagi, saya berkelulusan kejuruteraan pengangkutan. Jadi saya cukup memahami isu berkaitan pengangkutan.
“Masalah kesesakan jalan raya dapat diatasi dengan memperbanyak pengangkutan awam dan membaiki jalan serta lebuh raya di negeri ini,” katanya kepada Keadilan Daily.
Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sim bertanding di Parlimen Bayan Baru manakala Muhammad Bakhtiar Wan Chik di Balik Pulau.
Selain itu, Sim mahu memperluas fungsi sosial Zon Industri Bebas (FIZ) sekali gus membuka peluang pekerjaan yang banyak termasuk gaji berpatutan untuk rakyat.
“FIZ akan diperluas fungsi sosialnya di Bayan Baru dengan menyediakan pekerjaan, apatah lagi zon ini dipenuhi kilang baru.
“Jadi, rakyat bukan sahaja dapat kerja, bahkan kemahiran teknikal boleh ditingkatkan,” katanya.(FZL)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan