Selasa, 30 April 2013

Gary Lim menafikan pertuduhan penipuan, akan saman Rafizi kerana fitnah

OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA

KUALA LUMPUR — Calon MCA bagi kerusi Parlimen Pandan akhirnya menafikan hari ini berhubung tuduhan beliau melakukan salah laku profesional dan penipuan sebagai seorang peguam, mengatakan beliau akan memfailkan saman fitnah terhadap penuduh beliau, calon PKR Rafizi Ramli.

Dalam sidang akhbar di sini, Lim (gambar) yang bertutur secara lemah lembut itu memberitahu Rafizi, yang juga melawannya bagi kerusi Pandan untuk menghentikan “politik kotor” dengan pertuduhan-pertuduhannya.

“Apa yang saya ingin katakan, Pandan memerlukan seseorang yang melakukan sesuatu untuk mereka. Bukan seseorang yang terlibat dalam politik kotor seperti ini.

“Apa lagi yang beliau berikan kepada penduduk Pandan selain semua ini?” soal beliau.

Lim dilanda pertuduhan menipu dan salah laku sehari sebelum hari penamaan calon pada 20 April dengan dakwaan beliau mempunyai kes disiplin dengan Majlis Peguam.

Ketua Biro Guaman MCA itu terjebak dalam kontroversi selepas lawannya bagi kerusi tersebut Rafizi mendedahkan dokumen bagi menyokong dakwaan salah laku ke atasnya.

Sebaik sahaja pencalonan Lim disahkan, pemimpin PKR tersebut yang dikenali sebagai “pembocor rahsia” mengedarkan salinan laporan polis yang dibuat ke atas Lim oleh sebuah firma undang-undang terkenal atas tuduhan menipu.

Rafizi juga mengedarkan salinan surat Majlis Peguam Lim bertarikh 21 Januari tahun ini memohon penjelasan daripada peguam itu menerusi satu surat tunjuk sebab dikatakan diterima daripada firma undang-undang yang sama bagi kesalahan salah wakil.

Beliau kemudiannya menunjukkan surat tunjuk sebab dari bekas manjikannya Shearn Delamore abd Co bertarikh 19 Febuari tahun ini, yang menuntut penjelasannya kerana pertuduhan salah wakil yang didakwa.

Apabila ditanya, Lim menafikan menerima surat dari firma guaman dan Majlis Peguam. Ramlah Ahmad jurucakap pasukan peguam Lim, mengatakan lelaki MCA itu hanya menafikan kandungannya.

“Tidak betul kesemuanya. Apa yang Rafizi dedahkan kepada orang awam hanya separuh benar. Akan tetapi kita tak boleh dedahkan perkara sebenar sekarang sehingga penyiasatan tamat,” kata Ramlan.

“Kami menafikan pertuduhan dalam surat… bukan menafikan surat itu.”

Apabila diminta untuk bertindak balas, Lim bersetuju dengan Ramlan.

“Jika tidak, saya pasti dipanggil lama dahulu,” katanya.

Beliau, bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan sama ada sudah memberi respon kepada kedua-dua surat, beralih kepada Ramlan sebaliknya apabila soalan diajukan kepadanya.

“Seperti yang saya katakan, terdapat soalan-soalan tertentu yang kita tidak boleh jawab. Saya minta maaf tentang itu ... saya tidak boleh mendedahkan banyak perkara,” kata Ramlan, yang membuat laporan polis terhadap Rafizi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada 12.45 petang tadi.

“Kami menunjukkan apa tindakan kita perlu diambil dan apa yang telah kita lakukan untuk menangani dakwaannya,” katanya.

Ramlan juga berkata Rafizi telah mendedahkan kepada umum dokumen-dokumen yang telah dianggap sebagai “sulit dan persendirian” dan perlu menghadapi hukuman berhubung tindakannya.

Pasukan Lim berkata, walau bagaimanapun, aduan akan hanya diserahkan kepada Majlis Peguam terhadap Rafizi selepas pilihan raya 5 Mei ini.

Apabila ditanya berapa banyak Lim rancang untuk menyaman Rafizi bagi ganti rugi, Ramlan berkata, “sekitar RM50 atau RM100 juta”, sambil menambah butir-butir akan ditentukan kemudian.

Dalam laporan polis yang diedarkan oleh Rafizi pada hari penamaan calon, Shearn Delamore & Co telah mengesahkan Lim adalah pekerja di antara November 2000 dan Ogos 2004, dan di antara September 2007 hingga 30 Oktober 2011, apabila beliau meletak jawatan dari kedudukannya sebagai “rakan kongsi bergaji” .

Memetik maklumat daripada Majlis Peguam, firma itu berkata Lim mungkin telah salah nyata dirinya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara yang masih terikat kepada syarikat sama ketika berkhidmat bersama syarikat multinasional antara Disember 2011 dan Mac 2012.

Ditanya hari ini mengapa beliau meninggalkan syarikat itu selepas empat bulan, Lim berkata beliau meletak jawatan secara sukarela untuk menjadi ahli politik sepenuh masa dan tidak pernah dibuang.
Lelaki MCA itu juga telah dituduh menggunakan kepala surat firma undang-undang tersebut.

Majlis Peguam, dalam surat kepada Lim pada awal tahun ini memberitahu peguam itu untuk menjelaskan tindakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat, yang bertarikh 21 Januari 2013.

Majlis itu juga memberitahu Lim untuk merujuk kepada Seksyen 37 (1) (b) Akta Profesion Undang-Undang 1976, yang memperuntukkan bahawa, “seorang peguam bela dan peguam cara melakukan suatu kesalahan jika didapasti sengaja dan secara palsu berpura-pura, atau mengambil atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang membayangkan bahawa dia berkelayakan atau diberi kuasa untuk bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau bahawa dia diiktiraf oleh undang-undang sebagaimana yang berkelayakan atau diberi kuasa “.

Dalam surat itu, majlis berkata kegagalan untuk bertindak balas dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan perkara itu dirujuk kepada Lembaga Tatatertib.

Dalam jawapan awal beliau mengenai isu itu, Lim telah menafikan mengetahui mana-mana kes dengan Majlis Peguam, mengatakan beliau tidak pernah dipanggil untuk menghadapi lembaga disiplin.

Peguam tersebut yang dipilih untuk menggantikan tempat penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat juga berkata telah berhenti daripada mengamalkan undang-undang sejak setahun lalu ekoran tanggungjawabnya sebagai ketua biro perundangan MCA untuk MCA bahagian Pandan.

Rafizi, Lim dan bekas setiausaha sulit Ong Allan Tan akan bertambung dalam pertembungan tiga penjuru untuk Pandan dalam pilihan raya umum.

Tiada ulasan: