Oleh: Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR : Umno BN semakin hilang akal apabila
menayangkan video lucah secara terbuka kepada pelbagai lapisan
masyarakat, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.
Berdasarkan rakaman di laman You Tube, video lucah itu ditayangkan
dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri
di pantai timur.
Program ceramah itu dimulakan dengan ucapan yang menghentam pucuk
pimpinan Pas, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang
ramai.
Ekoran dibuat secara terbuka, tayangan rakaman lucah itu disaksikan
pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak yang berada di situ.
Difahamkan, video fitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim juga ditayang secara terbuka oleh Umno BN di beberapa negeri,
khususnya di Johor.
Mengulas perkara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin
berkata, BN kini semakin terdesak hingga sanggup menjalankan kempen
kotor dengan menayangkan video fitnah dan lucah kepada orang ramai.
“Ini
adalah kempen jijik dan kotor dilakukan oleh BN dengan menayangkan
video lucah di khalayak ramai. Memiliki video lucah sahaja sudah jadi
kesalahan, apatah lagi menayangkan di tempat awam.
“Kempen sebegini hanya akan menikam BN. Rakyat sudah meluat dengan
aktiviti mereka yang lucah. Rakyat mahu mendengar tentang idea dan
polisi yang ditawarkan. Mereka kini sudah bijak untuk menilai kepimpinan
Umno BN,” katanya.
Menurutnya, tindakan sedemikian bukan hanya mengelirukan, bahkan
merosakkan pemikiran masyarakat terutama generasi muda dengan gejala
yang tidak sihat.
Selain tayangan lucah secara terbuka, Umno kini semakin giat
menyebarkan VCD yang mengandungi rakaman lucah yang diedar kepada orang
ramai sebagai bahan kempen mereka.
Baru-baru ini, seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Chempaka, di Pandan, Kuala Lumpur mengadu VCD seks berkenaan
diedar secara senyap dari rumah ke rumah.
Hingga kini, tiada tindakan dilaporkan telah diambil oleh polis bagi menghalang kegiatan jenayah dan tidak bermoral itu.
Mengikut undang-undang, menyimpan, memiliki, memuat-turun, mengedar
dan menayangkan bahan lucah adalah salah di bawah Seksyen 922 Kanun
Keseksaan, Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002, Seksyen 292
Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 dan
Akta Multimedia 1998 Seksyen 231.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan