Ahad, 7 April 2013

Umno, MCA sama-sama lawan hukum Allah


 
DETIK DAILY

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang hanya duduk senyum sahaja ketika Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek menyerang Islam dalam ucapannya di Perhimpunan Agung parti itu tahun lalu bukti BN membiarkan sikap biadap dan pengecut.

Najib yang selepas itu berucap tidak pula menegur Soi Lek yang pernah gempar dengan video seksnya itu dengan dakwaan kononnya 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksanakan.

Begitu juga, pemimpin Umno-BN lain termasuk NGO mesra parti korup itu tidak pula berang apabila Islam sebenarnya dihina selepas pemimpin MCA lain memfi tnah Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat kononnya menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.

Kenyataan-kenyataan tanpa henti MCA yang mencampuri urusan hal-ehwal agama Islam itu juga tidak dikenakan tindakan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN di bawah Akta Hasutan walaupun jelas segala tuduhan berkenaan berisiko mengundang ketegangan kaum dan agama.

Umno dilihat bersekongkol membiarkan hukum Islam dicemuh di sebalik kenyataan MCA itu yang mahu merebut undi kaum Tionghua dengan mengeksploitasi sentimen agama dan kaum sama seperti Umno lakukan kepada masyarakat Melayu.

Dakwaan MCA yang kononnya menyokong Islam tetapi menentang hudud PAS juga menampakkan kegagalan Umno-BN memberikan pemahaman Islam kepada parti komponen mereka.

Tiada ulasan: