Selasa, 30 April 2013

Petugas Pelabuhan Klang Pakatan Didakwa Dipukul


BN UMNO SUK

PELABUHAN KLANG  : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan politik samseng yang dilakukan oleh penyokong Umno-BN dalam tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13).

Perkara itu dilontarkan selepas seorang petugas jentera Dun Pelabuhan Klang dipukul ketika memasang banner.

Beliau yang juga Calon Dun Pelabuhan Klang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengarah Pilihanraya negeri diminta memastikan jentera Umno-BN menghentikan politik samseng dengan serta merta.

“Petugas kita, Abdullah Mokhsin dipukul oleh Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung BN dan dikepung oleh penyokong yang memakai baju BN di Kampung Nelayan Telok Gong.

“Rakyat Malaysia harus bersatu menolak budaya samseng ini. Saya juga tidak mahu perkara sebegini dilakukan oleh penyokong saya. Ia mesti dilakukan dengan cara yang beretika ini.

“Semua pemimpin dan penyokong harus mengamalkan politik berhemah pada setiap masa, manakala polis perlu bertindak pantas dan meningkatkan kawalan keselamatan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Galeri Jualan Central Spectrum Sdn Bhd, di sini.

Tiada ulasan: