Selasa, 30 April 2013

Pengundi perlu tamatkan politik perkauman UMNO/BN

Roketkini.com



GELANG PATAH: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyeru pengundi di Malaysia menamatkan riwayat politik perkauman yang diamalkan UMNO-BN kerana ia bukan sahaja bahaya untuk perpaduan kaum, juga digunakan untuk melindungi kezaliman dan salah guna kuasa.

Beliau yang juga calon Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah, berkata masanya sudah tiba untuk rakyat menamatkan riwayat politik perkauman yang selama ini menyebabkan hidup rakyat penuh rasa takut, gelisah dan cemas.

Katanya, perubahan akan bermula apabila rakyat Malaysia menolak politik benci dan suka menakutkan rakyat yang dibawa UMNO-BN sebaliknya menerima politik bersih, amanah dan bebas rasuah yang dibawa Pakatan Rakyat.

Oleh itu, beliau menyeru pengundi Malaysia melakukan perubahan dengan menamatkan pemerintahan UMNO-BN yang selama ini mengamalkan politik perkauman, melakukan kezaliman dan salah guna kuasa.

* Isu lembu dan kondo NFC bukanlah isu ekonomi Bumiputera; ia sebenarnya isu salah guna kuasa dan penyelewengan pemimpin BN dan keluarga mereka

* Isu penswastaan dan kerugian syarikat penerbangan MAS bukanlah isu ekuiti saham Bumiputera; ia soal salah guna kuasa kerajaan dan kegagalan pentadbiran kroni.

* Isu PKFZ bukanlah isu perkauman; ia soal penyelewengan pemimpin kerajaan BN.

* Isu konsesi tol dan lebuhraya bukanlah isu kemudahan asas rakyat; ia adalah soal mengkayakan kroni dan memiskinkan rakyat.

* Isu Lynas bukanlah isu untuk pelaburan; ia adalah soal keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat serta pencemaran alam sekitar.

“Oleh itu, saya menyeru pengundi Malaysia bersatu memilih Pakatan Rakyat atas dasar bersama menegakkan keadilan, mengutamakan kebenaran, menjamin kebebasan, melaksanakan kebajikan, memulihkan demokrasi dan membantu mereka yang memerlukan.

“Mari kita jadikan tahun 2013 sebagai detik bersejarah untuk menamatkan politik perkauman dan amalan yang mencacatkan demokrasi kita bagi membawa era perubahan dan transformasi yang sebenar,” katanya daloam kenyataan hari ini..

Ubah! Ini kalilah!- Roketkini.com

Tiada ulasan: