Jumaat, 26 April 2013

PR Selesai Kekurangan Tanah Rumah Ibadat Tinggalan BN


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

SUBANG JAYA : Lima tahun menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)Selangor berjaya mengatasi masalah kekurangan tanah bagi rumah-rumah ibadat di DUN Subang Jaya yang sebelum ini tidak diberi perhatian oleh Umno-BN.

“Masalah seperti Persatuan Buddha Subang Jaya masa BN sudah memohon kira-kira 10 tahun, akhirnya di bawah Kerajaan Negeri sekarang tanah seluas 6,000 kaki persegi sudah digazetkan.

“Persatuan Sikh Subang pula sebelum ini hanya menggunakan lot kedai, sekarang Kerajaan Negeri beri satu lot tanah seluas 10,000 kaki persegi dan satu lagi Kuil Sri Subramaniam,” beritahu Calon PKR DUN Subang Jaya, Hannah Yeoh kepada TV Selangor.

Manakala bagi rumah ibadat penganut Islam di Subang Jaya pula tidak menghadapi sebarang masalah dalam isu tanah ini.

“Setiap tahun masjid-masjid dan surau saya turunkan peruntukkan Kerajaan Negeri melalui Adun Subang Jaya bagi mereka menjalankan aktiviti dan juga peruntukkan khas di bulan Ramadan,” ujar Hannah.

Menurut Hannah lagi, pihak Adun turut berjaya mengadakan majlis-majlis dialog bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi penduduk Subang Jaya.

Contohnya terdekat ialah pembatalan pembangunan Taman Subang Ria hasil daripda dialog Menteri Besar dengan penduduk.

Selain itu, Hannah juga berjaya mendapatkan peruntukkan lebih RM200,000 dari Geran Selangorku bagi membaiki saliran di USJ 3 dan RM435,660 bagi pembinaan jejantas pejalan kaki sepanjang 21 meter yang menghubungkan USJ 11 ke USJ 13.

Justeru, Hannah menyeru pengundi di Selangor dan Subang Jaya khususnya mengekalkan mandat kepada PR bagi membolehkan pakatan itu meneruskan usaha mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat, meningkatkan ekonomi rakyat dan melaksanakan projek pembangunan.

Tiada ulasan: