MALAYSIA KINI
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri patut
mengkritik diri sendiri kerana gagal membendung penularan politik ganas
daripada mengaitkan pembangkang dengan insiden letupan di ceramah BN
baru-baru ini, kata PKR.
Naib presidennya Tian
Chua berkata, pihaknya mengecam keras kenyataan Muhyiddin dalam media
berbahasa Cina hari ini yang didakwa memfitnah pembangkang ekoran
insiden itu dengan niat mewujudkan kebencian rakyat.
"...insiden letupan bom di bilik gerakan BN, Nibong Tebal telah membuktikan kegagalan BN kerana gagal untuk mengambil sikap serius mahupun tindakan yang serius untuk menangani keganasan politik.
"Sebaliknya, BN telah mengakibatkan perkembangan keganasan politik ke tahap yang lebih berbahaya," katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Tian Chua mengingatkan, insiden hampir sama pada 9 Januari 2013 apabila terdapat letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat.
"Walau bagaimanapun, dalam kes letupan tersebut, polis akhirnya tidak menangkap mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk letupan tersebut," katanya yang juga calon PKR untuk Parlimen Batu.

Sambung Tian Chua lagi, Muhyiddin mengabaikan fakta bahawa sejak 2012,
keganasan politik tidak pernah berhenti, termasuk terhadap pemimpin
pembangkang termasuk anak perempuan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar
dan anggota Parlimen Lembah Pantai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan