Rabu, 24 April 2013

Kedah umum 5 Mei cuti sempena PRU13

SINAR HARIAN

Azizan Abdul Razak
Azizan
 
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena Pilihan Raya Umum ke-13.
  
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pengumuman ini dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari tersebut.
  
Katanya perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara itu dan cuti umum itu adalah berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.
  
"Orang ramai boleh keluar mengundi. Tak ada masalah lagi nak keluar mengundi atau tidak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Aman di sini.
  
Ahad merupakan hari bekerja di Kedah. - Bernama

Tiada ulasan: