Oleh Ruqayya Rahman
KUALA LUMPUR : Kaum India tidak akan semudah itu melupakan
dan memaafkan penghinaan Zulkifli Nordin terhadap mereka, tegas calon
KEADILAN Subang, Sivarasa Rasiah.
“Kaum India akan bangkit, bukan hanya India dalam KEADILAN dan DAP.
Saya yakin India MIC juga benci dengan tindakan Zulkifli, mereka akan
manifestasikan kemarahan itu ketika hari mengundi,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
yang meminta rakyat melupakan tindakan Zulkifli walaupun selepas
mendapat bantahan dari ahli parti komponen mereka sendiri.
“Pencalonan Zulkifli adalah penghinaan buat kaum India, ia bukan
sekadar isu melupa dan memaafkan, ia adalah isu kredibiliti calon yang
dipilih dan sensitiviti Najib memilih calon.
“Bagaimana Najib sanggup memilih calon yang menghina satu kaum untuk
menjaga hak semua kaum. Dia (Zulkifli) dah hina kaum India, apa jaminan
dia akan berlaku adil pada kami?” katanya.
Sivarasa turut menyifatkan Zulkifli sebagai calon yang tidak tahu
malu kerana terpaksa berlindung di belakang Perdana Menteri selepas
melakukan kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan