Khamis, 25 April 2013

90 daripada 100 pengundi Lumut sokong Pakatan – Calon KEADILAN

Oleh Arif Juhani
LUMUT : Calon KEADILAN Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid berkata, seramai 90 daripada 100 pengundi yang ditemui menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata, hasil terbaru ini diperoleh selepas jentera KEADILAN menjalankan kempen bertemu penduduk setempat di beberapa lokasi tumpuan ramai.

Imran

“Alhamdulillah, respon yang diterima sangat memuaskan selepas kita bertemu pengundi dari rumah ke rumah, masuk ke kedai dan restoran. Namun gerak kerja masih perlu diteruskan sehingga hari pengundian,” ujar mantan Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut itu kepada Keadilan Daily.

Tambahnya, ceramah kelompok pada setiap malam juga menunjukkan kehadiran yang memuaskan antara sekitar 100 sehingga 200 orang.

“Ceramah kelompok ini lebih penting kerana hadirin memang orang tempatan dan isu yang kita banyak tekankan pula berkisar masalah setempat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap sikap BN yang terus menggunakan bangunan kerajaan seperti pangkalan Lumut untuk berkempen.

“Sebelum ini, (Tun Dr) Mahathir Mohamad masuk ke sana untuk beri ucapan kepada pegawai tentera laut.
“Kemudian, Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, mantan Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah juga diberi keizinan masuk ke sana kerana menggunakan nama NGO.

“Saya anggap ini tindakan yang menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen bagi parti politik,” kata Imran.

1 ulasan:

Berita dari gunung berkata...

TERKINI!! SAH, ANWAR BERSUMPAH DEPAN KAABAH!!! http://www.youtube.com/watch?v=nKZIPJ0PMTw