Skuad BO
KEMAMAN - Seorang petugas Pakatan Rakyat yang juga anggota Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera parti di sini pada Jumaat malam.Menurut laporan, petugas tersebut diserang oleh sekumpulan pemuda lelaki dari parti 'musuh' yang bersenjatakan parang, ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti.
Sehubungan itu, PAS menyifatkan insiden tersebut sebagai 'satu lagi produk 1Malaysia' sebagai tanda-tanda awal kerja-kerja jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam cubaan mencipta 'huru hara' dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU-13).
Menurut, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Haniafiah Mat, perkara tersebut telah diwar-warkan oleh pemimpin Umno-BN baru-baru ini.
"Ini satu lagi produk 1Malaysia sebagai tanda kerja jahat Umno-BN menggunakan samseng-samseng dan pengganas-pengganas untuk menghuru-harakan pilihanraya umum ke-13 ini yang menjadi ibu kepada pilihanraya,
"sepertimana yang diwar-warkan oleh pimpinan Umno-BN,"ujarnya ketika ditemui, selepas menziarahi mangsa, Asri bin Hasssan di rumahnya di Felda Neram dekat sini, pada hari ini Ahad, 14 April.
Justeru, Haji Hanafiah yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman mencabar mana-mana pemimpin Umno-BN untuk berdebat secara ilmiah berhubung siapakah pencetus huru-hara sebenarnya dalam kempen menjelang PRU-13.
Semalam, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.
Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.
"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita.
Berikutan itu, sepasang adik beradik merupakan antara empat suspek utama yang sedang diburu setelah dipercayai terbabit dalam kes tetak berhubung pemasangan bendera parti di Kemaman pada Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata kepada pihak media hari ini, pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an yang merupakan penduduk tempatan.
"Kita juga masih mengesan seorang lagi individu yang juga dipercayai penduduk tempatan," katanya dipetik Bernama.
Menurutnya, pasangan adik beradik itu pernah ditahan dan didakwa Rabu lalu kerana mencetuskan pergaduhan dan pertengkaran dengan membuat bising di markas parti politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan