Isnin, 15 April 2013

Ayuh Para Pejuang, Pilihanraya Adalah Medan 'Perang Kita'!

Editor Buletin 

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Ustaz%20Khalil%20Abdul%20Hadi.jpgFirman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar. (Al-Anfal 45-46)

Medan pilihanraya adalah medan perang kita, perang untuk menguasai pengundi bagi memastikan kemenangan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Ayat di atas memberikan panduan kepada kita untuk berdepan dengan medan perang ini:

1- Mestilah teguh prinsip. Prinsip kita ialah mahu melihat Islam berdaulat.

2- Meningkatkan hubungan dengan Allah semaksima mungkin. Ikhlaskan hati hanya kepada Allah, menjaga solat berjamaah dan doa yang berterusan.

3- Taat kepada Allah. Dalam konteks pilihanraya para petugas parti Islam mestilah menjaga akhlak berjamaah dan akhlak dengan musuh, khususnya di dalam berdepan dengan taktik-taktik kotor dan lucah daripada pihak musuh.

4- Elakkan pertelingkahan. Berbeza pandangan adalah lumrah tetapi yang ditegah perbalahan yang boleh membawa kepada perpecahan.

5- Tingkatkan kesabaran. Kesabaran melakukan ketaatan jihad dengan kerahan tenaga, wang ringgit dan usaha. Kesabaran juga terhadap halangan dan tekanan daripada pihak musuh.

Selamat berjuang!

Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Exco DPPM/DPPNT.

Tiada ulasan: