Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an yang merupakan penduduk tempatan.
"Kita juga masih mengesan seorang lagi individu yang juga dipercayai penduduk tempatan," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, pasangan adik beradik itu pernah ditahan dan didakwa Rabu lalu kerana mencetuskan pergaduhan dan pertengkaran dengan membuat bising di markas parti politik.
Mahoharan meminta kesemua suspek menyerah diri bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian 11 malam itu, seorang pekerja parti yang berusia lingkungan 40-an cedera parah setelah ditetak dengan parang dan dipukul dengan kayu oleh lima individu ketika mangsa bersama rakannya sedang memasang bendera parti.
Mangsa dilapor dalam keadaan stabil di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan