Oleh Sidiqin Omar
PETALING JAYA: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli
mendedahkan, calon BN Parlimen Pandan, Gary Lim masih dalam siasatan
polis dan Majlis Peguam berikutan tuduhan salah laku.
Dedah Rafizi, satu laporan polis dibuat firma guaman Shearn Delamore
& Co terhadap Lim atas tuduhan salah laku, manakala surat kedua
adalah dari Majlis Peguam mengesahkan mengenai surat tunjuk sebab.
“Saya
beranggapan bahawa bukti-bukti ini adalah jelas bahawa beliau masih
tertakluk kepada siasatan polis dan Majlis Peguam, walaupun beliau masih
menafikan sehingga kini,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat
KEADILAN hari ini.
Menurut surat firma tersebut yang ditandantangani pengurusnya Robert
Lazar bertarikh 27 Disember 2012, Gary Lim atau nama sebenarnya, Lim
Chin Yee diminta memulangkan aset syarikat termasuk alat tulis.
Surat tersebut menyatakan Lim meletakkan jawatan di firma tersebut pada 30 Oktober 2011.
“Adalah polisi kami kepada mereka yang berhenti memulangkan semua harta syarikat temasuk alat tulis. Ini termasuk kepala surat.
“Sekiranya surat (dengan imej yang dihantar kepada kami) bertarikh 1
Disember 2012, dengan demikian kami membuat kesimpulan En Lim mengambil
kepala surat yang kosong bersamanya, apabila dia menamatkan kerja dengan
kami.
“Seperti dinasihatkan, kami telah membuat laporan polis bertarikh 7
Disember 2012 dan salinannya dikepilkan bersama,” kenyataan surat Shearn
Delamore & Co dipetik.
Manakala surat Majlis Peguam kepada Lim bertarikh 19 Februari 2013
menuntut surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari diserahkan berhubung
‘Orang Tidak Sah’ (Unauthorised Person).
“Dimaklumkan bahawa sekiranya gagal memberi respon dalam tempoh yang
ditentukan, perkara tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin tanpa
berhubung terus dengan kamu (Lim),” jelas kenyataan Majlis Peguam.
“Namun, sehingga hari ini dia (Lim) masih menafikan dikenakan
tindakan disiplin atas salah laku dan laporan polis,” kata Rafizi, yang
akan berentap dengan Lim pada PRU 5 Mei nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan