Najib
Razak yang takut untuk menegur perlakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan
sering mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri itu menyebabkan politik
perkauman Umno BN kian menjadi-jadi, kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim.“Najib sebagai PM, dengan Mahathir pun takut, tak berani tegur.
Sebagai ketua negara, dia mesti hormati setiap rakyat.
“India
(di negara ini) tidak sampai 10 peratus tetapi kita tak boleh hina,
orang Melayu sebagai majoriti pun kena saling menghormati.
“Macam
mana negara nak aman, kalau ketua negara tak reti nak hormat rakyat?
Selepas 55 tahun merdeka, rakyat masih ditanya “kamu warganegara mana?
Kalau tak setuju baliklah negara kamu”, pemimpin apa ini?” tempelak
Anwar di atas tingkah laku pemimpin Umno.
Beliau
berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Pasar
Siburan, Batu 17, Jalan Kucing-Serian, Mambong, malam tadi.
Anwar
selanjutnya berkata, sebagai pemimpin rakyat mesti dipastikan selamat
dan tidak timbul lagi isu perkauman mahupun ugutan berkaitan
kewarganegaraan.
“Kita mahu orang India rasa selamat, anak-anak Cina tidak lagi takut, orang Sarawak pun berani dan bangga menjadi orang Sarawak.
“Kenapa
kita tak boleh dapat semangat itu selepas lebih 50 tahun merdeka? Ayuh
kita bergerak bersama ke arah itu, ubahlah pada (PRU 13) 5 Mei nanti,”
katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan