KLANG : Pemimpin Umno-BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka, saran Adun Selat Kelang, Dr. Halimah Ali.
Ujar Exco Pendidikan,, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, gagasan itu seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.
“Patut rasa malu, orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara ini, cara yang jijik. Jangan guna isu seks, malu sikit dengan budak-budak, dengan anak-anak muda.
“Kalau ada video Chua Soi Lek pun tidak patut ditayangkan, inikan pula pemimpin PAS yang berpuluh tahun memperjuangkan Islam,” sambung Halimah tegas dalam satu sidang media semalam.
Sambil mengutuk tindakan tersebut yang disifatkan jijik, Halimah berkata video tersebut merupakan fitnah terbaru untuk menjatuhkan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.
“Dulu saya juga pernah dituduh berkhalwat di Crystal Crowne, Klang sedangkan ketika itu saya menghadiri satu forum bersama rakan-rakan lain.
“Kami dalam PAS tiada tujuan lain melainkan perjuangkan Islam, jika Umno benar-benar mampu perjuangkan Islam, PAS boleh bubar,” tambahnya lagi.
Terbaru, beberapa blog pro-Umno memuatkan video yang didakwa melibatkan seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.
“Taubatlah Umno dan mana-mana pihak yang terlibat. Tak takut bala diturunkan? Mereka patut tahu,” ujar Halimah. sekali lagi meminta Umno bertaubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan