Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mensasarkan Pakatan Rakyat(PR) Selangor mampu memenangi sehingga 45 buah kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) akan datang.“Sekarang kita memenangi 36 kerusi, sasaran kita ialah sampai ke 45, itu kita punya sasaran,” katanya PR perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk mendapatkan sasaran itu.
Abdul
Khalid berkata demikian ketika sidang media di Majlis Penyerahan Dana
Pendidikan Kepada Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) bertempat
di Kompleks Tahfiz Al-Quran Sofiuddin(KOMTAS), Kampung Sungai Delek,
Klang di sini hari ini.
YAPIS ditubuhkan supaya semua institusi pendidikan agama di seluruh Selangor dapat pembelaan yang sewajar oleh satu yayasan.
Katanya,
SAR tidak mendapat perhatian dan pemantauan daripada Kerajaan Negeri
sebelum 2008 hingga menyebabkan rata-rata pelajarnya keciciran dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Dengan
cara ini, aktiviti pendidikan Islam yang terutamanya dipanggil
sekolah-sekolah pondok dahulu dapat diperkemaskan dan dipertingkatkan
lagi.
“Dan kita
dapati juga hasil daripada usaha ini begitu ramai pelajar-pelajar yang
dulunya tercicir di sekolah telah dapat dirangkumi semula.
“Sebagai
contoh, lebih daripada 100 anak-anak muda kita tercicir daripada
pelajaran tetapi mereka dapat peluang kedua untuk menyertai Sekolah
Tahfiz ini dan menjalankan program antara lain menghafaz Al-Quran dan
kita sulami dengan beberapa program pendidikan yang membolehkan mereka
menduduki SPM,” katanya.
Dalam pada
itu, PKR akan mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding di
Selangor pada 14 April ini di Padang Bola AU2, Hulu Klang.
Seterusnya
PR Selangor pula akan mengumumkan semua calon pakatan tersebut dan
termasuk pembentangan manifesto pada 17 April ini bertempat di Dataran
Kemerdekaan Shah Alam.
Pada
PRU-12 lalu, PR Selangor berjaya menewaskan Umno-BN yang hanya
memenangi 20 kerusi DUN bagi membentuk sebuah Kerajaan Negeri pada tahun
2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan