Keluarga
remaja Aminulrasyid Amzah yang maut terkena tembakan polis di sini
tiga tahun yang lalu, hari ini memfailkan saman RM50 juta ke atas polis
dan kerajaan. Saman juga difailkan terhadap Koperal Jenain Subi dan
dua yang lain.Saman difailkan kira-kira jam 11 pagi tadi di Mahkamah
Tinggi di sini.
Turut dinamakan dalam tuntutan itu ialah Ketua Polis Daerah Shah Alam dan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Turut dinamakan dalam tuntutan itu ialah Ketua Polis Daerah Shah Alam dan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Saman yang difailkan hari ini adalah kerana pihak polis sengaja melanggar hak asasi adik Aminulrasyid.
“Selepas
tiga tahun, tiada sesiapa yang dihukum. Malahan, tertuduh yang didakwa
juga telah dibebaskan,” kata peguam keluarga arwah Aminulrasyid, N
Surendran pagi ini di lobi mahkamah.
Surendran
juga menjelaskan tindakan Khalid ketika itu yang membuat kenyataan
fitnah dan jahat mengatakan Aminulrasyid adalah penjenayah juga antara
sebab utama saman hari ini difailkan. Khalid tidak pernah meminta maaf
ataupun membayar ganti rugi.
Surendran
menerangkan asas saman sivil tersebut adalah kerana defendan telah cuai
dan menyerang mangsa tanpa mengikut piawaian prosedur yang ditetapkan
(SOP) pihak berkuasa tersebut.
“Dua asas
saman ini ialah kerana pihak polis telah cuai semasa menjalankan tugas
dan membuat serangan tidak mengikut SOP dimana tembakan telah
dilepaskan secara bertubi-tubi.
“Malahan, pihak polis telah menembak tayar kereta mangsa,” terang Surendran lagi.
Surendran
juga berkata pihak keluarga mangsa telah meminta tuntutan ganti rugi
tertinggi RM50 juta, termasuk ganti rugi am, ganti rugi estet dan juga
ganti rugi teladan.
Turut
hadir pagi ini di mahkamah bagi memberikan sokongan kepada keluarga
mangsa ialah Ahli Parlimen (MP) Shah Alam Khalid yang mengecam pihak
polis yang dilihat tidak melaksanakan tanggunjawab dan amanah yang
diberikan.
“Pihak polis telah beri mesej yang salah.
“SOP
mereka sangat mengecewakan, saya harap polis dan kerajaan Malaysia
mengambil tindakan tegas ke atas perkara ini,” gesa Khalid.
Remaja
berusia 14 tahun tersebut telah ditembak mati dikepala oleh polis pada
malam 26 April 2010 dalam satu insiden kejar mengejar dengan kereta
peronda polis dengan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
Kes
kematian Aminulrasyid mendapat tumpuan masyarakat Malaysia, sehingga
menyebabkan anggota polis Jenain yang dituduh melepaskan berpuluh das
tembakan didakwa pada tahun sama mengikut Seksyen 304 (a) Kanun
Keseksaan.
Jenain
kemudiaan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen
Shah Alam tetapi dibebaskan pada Disember 2012 selepas mengemukakan
rayuan.
Keputusan
tersebut diputuskan oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi yang berpuas
hati dengan hujah tertuduh yang mengatakan tembakan dilepaskan hanya
untuk menghentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan
dengan niat membunuh remaja lelaki itu.
Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan pada 12 Oktober 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan