Kawasan
Parlimen Pandan bakal menjadi tumpuan Sabtu ini, hari penamaan calon
bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Meskipun Barisan Nasional (BN) dan
PKR telah pun mengumumkan calon masing-masing namun tumpuan akan
terarah kepada kemungkinan muncul pencabar ketiga iaitu penyandang,
Datuk Seri Ong Tee Keat, yang digugurkan daripada mempertahankan kerusi
itu yang disandangnya selama dua penggal.
MCA
semalam menamakan Garry Lim Chin Yee, 39, penasihat
undang-undang bahagian itu untuk menentang Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli, pada pilihan raya 5 Mei ini di kawasan yang dikuasai
pengundi Melayu.
“Tunggu
saja hari pencalonan,” Tee Keat (gambar) dipetik sebagai berkata oleh
akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau hari ini.
Ketua Wanita MCA bahagian Pandan, Cindy Leong Siew Kam, yang mengenali Ong lebih 20 tahun, berkata Tee Keat tidak mungkin menamatkan kerjaya politiknya tanpa tentangan, dan beliau (Cindy) tidak terkejut jika Tee Keat bertanding sebagai calon Bebas.

Siew Kam
berkata, sungguhpun Tee Keat gemar melakukan sesuatu mengikut caranya
sendiri, beliau seorang yang amat berdedikasi dan wakil rakyat
berpengalaman yang sangat disukai pengundinya.
Lim berkata beliau juga ada mendengar Tee Keat akan bertanding sebagai calon bebas.
“Saya sudah berbulan-bulan tidak menghubunginya. Tapi saya dengar beliau akan bertanding sebagai calon bebas. Kami tidak tahu, tunggu dan lihat sajalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
“Saya sudah berbulan-bulan tidak menghubunginya. Tapi saya dengar beliau akan bertanding sebagai calon bebas. Kami tidak tahu, tunggu dan lihat sajalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sungguhpun
membuat penampilan sulung pada pilihan raya ini, Lim berkata beliau
akan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan kerusi berkenaan
bagi BN, dengan menganggap peluangnya sebagai cerah.
Tee Keat
menjadi ahli Parlimen selama enam penggal, empat penggal pertama
di Ampang Jaya sebelum berpindah ke Pandan pada 2004 dan mengekalkannya
pada 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan