Khamis, 25 April 2013

Pengundi Melaka tolak politik perkauman Umno BN – Ginnie Lim

Aedi Asri

MELAKA Peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat menunjukkan pengundi Melaka kian matang dalam politik dan tidak lagi terbelenggu dengan taktik lapuk Umno BN, kata Ginie Lim.

_MG_6134

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap itu berkata, pengundi kini mengetahui hak mereka sebagai rakyat dan tidak lagi tunduk kepada ugutan mana-mana parti.

“Kata seorang pengundi: Kalau menang, jangan lupa kami, mesti jumpa kami. Ertinya, jika Pakatan tak buat kerja dan sama macam Umno BN, Pakatan juga akan ditolak.

_MG_6260

“Satu tepukan kepada pengundi kita yang pandai dan saya yakin semua pengundi juga pandai,” katanya ketika berucap di Felda Hutan Percha, Machap 23 April lalu.

Ginnie berkata, kemenangan Pakatan pada PRU 13 akan menamatkan politik perkauman dan wang, yang selama ini menjadi modal Umno BN mengekal kuasa.

“Jika Pakatan menang, maknanya rakyat tolak politik perkauman. Permainan Umno BN sudah tidak laku. Ia juga menunjukkan rakyat tolak politik wang,” katanya. (FZL)

Tiada ulasan: