TIMMS 2011 Malaysia :
Kalau dilihat kepada mata kejatuhan Sains & Matematik di Malaysia,
sangat teruk. Data mana yang kami ambil ini? TIMSS (Trends in
International Mathematics and Science Study). Tidak silap kami, TIMSS
ini ada cara “assesment” mereka sendiri untuk melihat “standard” dan
trend Sains dan Matematik bagi sesebuah negara seperti Malaysia. Untuk
Malaysia…..
Untuk Malaysia, kalau anda semak laporan
yang mereka sediakan itu seramai 5733 pelajar terlibat melibatkan 180
buah sekolah. Hasilnya graf tahap Sains dan Matematik di Malaysia terus
merudum iaitu sejumlah 6.3 mata. Kejatuhan mata yang kedua paling tinggi selepas Yemen.
Malangnya, kita jatuh lagi merudum
berbanding Indonesia. Sudah semestinya jiran terdekat kita, Singapura
jauh tinggalkan pencapaian Malaysia. Kazakhstan, Thailand, Iran lebih
baik daripada Malaysia?? Walaupun Iran yang tidak pernah dahulu benarkan
budak perempuan pada zaman 80an pergi ke sekolah di bawah pemerintahan
Khomeini, tetapi mereka masih lebih hebat berbanding Malaysia.
Sepatutnya daripada tahun ke tahun prestasi Malaysia bertambah baik,
tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya…
Sumber : Laporan Penuh TIMMS 2011
Berita Semasa, adakah ini disebabkan subjek Matematik & Sains tidak diajar dalam Bahasa Inggeris?
- Negara Korea sendiri pun tidak mementingkan pengajaran subjek Matematik & Sains dalam bahasa Inggeris
- Hakikatnya mereka masih boleh mencatatkan mata yang tinggi dalam TIMSS
- Jepun lagilah, mereka belajar Matematik & Sains semua dalam tulisan Jepun
- Tetapi….Mengapa mereka masih boleh berjaya?
TIMMS 2011 : Graf Bagi Negara Malaysia
TIMMS 2011 : Graf Negara Lain
Iran, Portugal, negara jiran kita Singapura, Slovenia, Hong Kong, Hungary, Korea, Jepun dan Republik Czech
Sudah berapa Menteri Pelajaran bersilih
ganti tetapi tahap pendidikan di Malaysia masih ditakuk lama.
Kadang-kadang terfikir kami sendirian, pada kami lebih baik dilantik
seseorang yang mahir dan ada pengalaman dalam lapangan pendidikan negara
contohnya kalangan Profesor dalam bidang Pedagogi. Biarkan mereka ini dilantik menjadi Menteri Pendidikan. Untuk jawatan menteri seperti adalah lebih baik diberikan kepada golongan profesional sahaja….
Daripada dahulu kami cukup suka dengan
corak dan dasar pendidikan yang sedang diksanakan di negara yang memilki
sistem pendidikan terbaik di dunia iaitu negara Finland dan terbukti
berjaya….
Mengapa Finland sering berada di
kedudukan teratas dan mengapa meraka berjaya mengekal kedudukan
tertinggi mereka? Nah…….26 fakta tentang sistem pendidikan di Finland :
- Finnish children don’t start school until they are 7
- Compared with other systems, they rarely take exams or do homework until they are well into their teens.
- The children are not measured at all for the first six years of their education.
- There is only one mandatory standardized test in Finland, taken when children are 16.
- All children, clever or not, are taught in the same classrooms.
- Finland spends around 30 percent less per student than the United States.
- 30 percent of children receive extra help during their first nine years of school.
- 66 percent of students go to college.
- The difference between weakest and strongest students is the smallest in the World.
- Science classes are capped at 16 students so that they may perform practical experiments every class.
- 93 percent of Finns graduate from high school.
- 43 percent of Finnish high-school students go to vocational schools.
- Elementary school students get 75 minutes of recess a day in Finnish versus an average of 27 minutes in the US.
- Teachers only spend 4 hours a day in the classroom, and take 2 hours a week for “professional development”.
- Finland has the same amount of teachers as New York City, but far fewer students.
- The school system is 100% state funded.
- All teachers in Finland must have a masters degree, which is fully subsidized.
- The national curriculum is only broad guidelines.
- Teachers are selected from the top 10% of graduates.
- In 2010, 6,600 applicants vied for 660 primary school training slots
- The average starting salary for a Finnish teacher was $29,000 in 2008
- However, high school teachers with 15 years of experience make 102 percent of what other college graduates make.
- There is no merit pay for teachers
- Teachers are effectively given the same status as doctors and lawyers
- In an international standardized measurement in 2001, Finnish children came top or very close to the top for science, reading and mathematics.
- And despite the differences between Finland and the US, it easily beats countries with a similar demographic
Maklumat lanjut. Sumber : Business Insider
Walaubagaimanapun, kalau Malaysia masih
tidak mampu melaksanakan kebanyakan intipati sistem pendidikan di
Finland sekalipun. Harapan yang pertama sekali, kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia sila janganlah memanipulasikan keputusan peperiksaan peringkat kebangsaan
semata-mata mahu menunjukkan sistem yang ada ketika ini di landasan
yang betul & berjaya dengan pengumuman peningkatan pencapaian setiap
tahun. Langkah tersebut sebenarnya “membunuh” usaha penambaikan
terhadap dasar pendidikan negara apabila Kementerian tidak dapat
mengukur tahap sebenar pelajar di Malaysia.
- Kedudukan Malaysia dalam Matematik jatuh dari kedudukan 20 pada 2007 kepada 26 pada 2011
- Kedudukan dalam Sains jatuh pada margin lebih hebat, dari kedudukan 21 pada 2007 kepada 32 pada 2011.
- Skor purata Matematik kita jatuh dari 474 pada 2007 kepada 440
- Skor purata Sains jatuh pada darjah lebih hebat dari 471 pada 2007 kepada 426 pada 2011.
Oleh itu, kami berharap Tan Sri
Muhyiddin Yaasin memberi satu penjelasan jelas berhubung keseriusan dan
kejatuhan dalam TIMSS baru-baru ini. Ini kerana dilihat Utusan, Berita
Harian dilihat tidak berminat mengeluarkan laporan seperti ini di akhbar
mereka. Mengapa?
P/S : Tokoh pemikir seperti Pak Ungku
Aziz pernah mengatakan sebelum ini, sistem pendidikan malaysia ini,
kalau tak gatal tangan pergi ubah sana sini, takkan jadi caca marba
macam sekarang ini. Sepatutnya, apa yg perlu, penambahbaikan, bukannya
ubah sana sini.
PP/S : Apa kata anda pula? Guru-guru di sini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan