Berapa ramai kalangan guru yang
menyokong Barisan Nasional dan tidak lupa juga berapa ramai guru yang
menyokong Pakatan Rakyat tetapi kami pasti ada kalangan yang terpaksa
menyokong secara senyap di atas sebab-sebab tertentu.
Sebab apa? Nak jaga periuk nasi…..Kalau
tidak nasib mereka akan jadi seperti mana yang dialami oleh seorang guru
agama yang bernama Qatrun Nada Mohd Latfi di mana sekarang beliau sudah menjadi “bekas guru”…
Sebenarnya, nak pilih parti mana itu hak individu. Kalau Barisan Nasional selama ini bagus tidak perlu dipaksa rakyat untuk menyokong mereka.
Begitu juga Pakatan Rakyat. Biar sokongan datang dengan sendirinya
hasil daripada kerja keras dan keikhlasan pemimpin membantu rakyat.
Mereka perlu dipaksa?
Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, berpolitiklah cara tahun 2012, bukan teruskan dengan cara & aktiviti politik tahun 90an. Jika tidak berubah anda akan ketinggalan…Renung-renungkanlah. Masih belum terlambat lagi.
Guru Agama Dipecat Kerana Hadir Ceramah Anwar Ibrahim?
Seorang guru agama sementara di Labuan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa diberhentikan selepas menghadiri ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno tempatan.
Bagaimanapun Qatrun memberitahu, perjanjian yang ditandatanganinya sebelum menjadi guru sambilan ada menyebut bahawa perkhidmatan seseorang guru itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa memberi sebab.
“Saya mendengar ceramah Anwar pada 15 September. Dan selepas itu pada 9 Oktober saya dihubungi oleh seorang pemimpin Umno. Kami berbincang panjang. Antara yang dia cakapkan ialah saya bekerja dengan kerajaan dan tak perlu terlibat dengan politik.
Mengapa dan kenapa pemimpin UMNO terlibat dalam hal yang melibatkan kakitangan awam?
“Selepas dihubungi pemimpin Umno itu, saya dipanggil pula untuk bermesyuarat bersama penolong pengarah pelajaran JAWI bersama guru besar di sekolah saya mengajar. Dan selepas itu saya ada perjumpaan kali kedua pula di pejabat JAWI.“Mereka hanya tanya tentang apakah aktiviti luar saya,” kata Qatrun ketika dihubungi Malaysiakini. [Sumber : Malaysiakini]
Jikalau Qatrun Nada Mohd Latfi kena
pecatd disebbakan terlibat dengan politik, macam mana pulak dengan pihak
yang pecat Qatrun Nada itu? Bukankah pihak yang pecat dia itu pun
terlibat dengan politik sebab dipengaruhi pemimpin Umno tempatan? Jadi
mengapa yang seorang lagi boleh terlepas? Kami masih tidak nampak
pertimbangan yang sewajarnya dalam mereka membuat keputusan yang seperti
ini.
Ramai yang kami rasakan tidak faham lagi apa itu kerajaan, apa itu parti.
- Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia.
- Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.
- Anda-anda semua di sini adalah ini merupakan “pemegang saham” mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.
- Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik
Sebagai seorang guru atau apa bidang tugas anda sekalipun dalam
sektor awam, anda berhak untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar
sekolah. Itu hak mereka, mengapa itu pun mahu dikawal?
Penjawat awam juga berhak nak dengar daripada ceramah parti mana
sekalipun baik Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Siapa yang kata
ini? Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia). Entahlah….
P/S : Adakah apabila Qatrun Nada Mohd Latfi ini mendengar ceramah UMNo atau Barisan Nasional, beliau akan menerima hukuman yang sebegini rupa?
Berikanlah mereka-mereka ini peluang untuk mendengar daripada kedua-dua belah pihak selepas mereka tak dapat peluang tersebut di media arus perdana , sebelum mereka membuat pertimbangan semasa Pilihanraya Umum ke 13.Apabila kami mengenai berita mengenai guru agam ini dipecat, teringat pula kami dengan kes ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Markom Bin Giran semasa turut sama berkempen di Pilihanraya Tenang sebelum ini (KLIK SINI). Untung beliau kebal daripada sebarang tindakan….
P/S : Adakah apabila Qatrun Nada Mohd Latfi ini mendengar ceramah UMNo atau Barisan Nasional, beliau akan menerima hukuman yang sebegini rupa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan