Selasa, 4 Disember 2012

Pemuda 'Umno Keturunan' Tidak Lagi Berkenan Dengan Barisan

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/Mohd%20azri%20Ibrahima.jpgSETIU - Seorang anak muda bernama Mohd Azri Ibrahim, 29, dari Batu 9 Kampung Sungai Bari, dekat sini mendakwa, beliau telah bertahun-tahun bersama Umno, sejak umurnya belasan tahun lagi.

Beliau masuk Umno bukan kerana kehendaknya tetapi ia adalah kerana katanya, beliau adalah 'Umno keturunan'.

Bila ditanya, mengapa setelah sekian lama bersama Umno, akhirnya beliau memutuskan untuk meninggalkan parti itu, Azri berkata, beliau sudah tidak berkenan lagi dengan Umno dan Barisan Nasional.

"kita tak berkenan (lagi) dengan (Umno dan) Barisan (Nasional), berbeza antara PAS dengan Umno, PAS ceramah (ajar) tentang dunia dan akhirat, ingat ke mati juga......(tapi) Umno bab dunia sahaja (tak ingat tentang kematian),"ujarnya.

Azri atau lebih dikenali dikalangan kawan-kawannya sebagai 'Amri' belum pernah mengundi, walaupun beliau sudah 'cukup umur' sewaktu pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

Oleh itu, walaupun pilihan raya ke-13 (PRU-13) akan datang ini, adalah merupakan kali pertama beliau akan membuang undi, namun beliau  yakin akan membuat suatu perubahan.

Menurutnya, sebagaimana anak-anak muda lain, dalam kawasan Dewan undangan Negeri (DUN) Langkap, beliau akan mengundi PAS dan yakin PAS akan menang dalam PRU-13.

"(nama dalam daftar pengundi) ada dah, (kali ini) akan undi PAS..... ha..... (saya) yakin PAS boleh menang InsyaAllah,"tegasnya. - [Lihat Video]

Tiada ulasan: