Ahad, 9 Disember 2012

MIC: Undi 'simpanan tetap' kaum India kembali ke BN

RUZY ADILA IDRIS

KUALA LUMPUR - MIC, parti komponen Barisan Nasional (BN), yang pernah mencatatkan kemenangan seratus peratus sebelum kalah teruk empat tahun yang lalu, akan kekal kembali sebagai "simpanan tetap" perikatan itu, kata Presidennya, Senator Datuk Seri G. Palanivel hari ini.

"Saya jamin 'fix deposit' ini sudah kembali. Dulu 'interestnya' tak banyak tapi sekarang masanya untuk tingkatkan 'interest'," kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Seperti Umno dan PPP, MIC mengadakan perhimpunan tahunan parti - yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan sebelum Jun depan.

Palanivel, antara penyandang kerusi yang tewas pada pilihan raya umum 2008 berkata, bagi memastikan status simpanan tetap kekal, semua pihak perlu memastikan skim tersebut dikema skini dan diberi sokongan selalu.

Tiada ulasan: