Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala Thailand menerusi Teerasil pada minit ke-79.
Keputusan ini meletakkan Malaysia di laluan tertekan untuk memburu
tiket ke final. Harimau Malaya akan bertandang ke Thailand Khamis ini
untuk perlawanan timbal balik.
Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Malaysia lebih
agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kelima,
kubu skuad Gajah Putih diuji, namun sepakan percuma yang dilaksanakan
oleh Safiq Rahim gagal menembusi gawang lawan.
Pada minit ke-12, benteng pertahanan skuad negara pula diuji oleh dua
percubaan dari jarak jauh, daripada Adul tetapi tindakan pantas penjaga
gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias berjaya menafikan percubaan itu.
Hasil serangan balas, skuad Harimau Malaya hampir berada di depan pada
minit ke-18, tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha, yang turut
dikenali Mat Yo, gagal mengatasi barisan pertahanan Thailand.
Peluang pertama Thailand hanya hadir pada minit ke-27 menerusi
hantaran bahaya Datsakorn, begitu pun berjaya dikeluarkan oleh Mohammad
Aidil Zafuan.
Thailand sekali lagi mempunyai peluang membolosi gawang lawan apabila
cubaan Anucha memberi bola kepada Datsakorn dari sayap kiri dan Teerasil
membuat hantaran pada minit ke-29, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan
hantaran.
Selepas itu, cubaan Datsakorn mencipta peluang untuk Thailand terus
tidak berjaya pada minit ke-44 apabila Aidil menghalang pemain lawan
dari mengambil kesempatan.
Selang beberapa minit memasuki babak kedua perlawanan, belum sempat
Thailand melakukan asakan, tandukan Mat Yo pada minit ke-49 hasil
hantaran Mahali di sayap kiri telah menggegarkan stadium apabila meledak
gol pertama buat Malaysia.
Thailand menggandakan asakan. Hantaran Piyapol Bantao dari sayap kanan
pada minit ke-55 gagal dikawal rakan sepasukan dan Aidil menyepak bola
keluar dari keadaan bahaya.
Mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong sendiri, Malaysia sekali
lagi berpeluang menambah jaringan gol menerusi percubaan baik oleh Mat
Yo, bagaimanapun pasukan tuan rumah gagal ambil kesempatan setelah
dipesong keluar oleh Kawin.
Thailand nyata tidak berputus asa apabila terus melakukan serangan,
namun Farizal berjaya menepis keluar percubaan Thailand dan tendangan
sudut pasukan pelawat itu gagal mendatangkan hasil.
Kelekaan pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila
penyerang sensasi Thailand, Teerasil menyamakan kedudukan dengan
tandukan baik pada minit ke-79.
Mohd Safee cuba menguji benteng pertahanan Thailand pada minit ke-88,
namun kuisannya gagal disambar rakan sepasukan untuk kedudukan tersebut
kekal sehingga wisel penamat.
Senarai pemain Malaysia:
Mohf Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohammad Aidil Zafuan, Safiq Rahim (kapten), Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammudin Akil, Baddrol Bakthiar, Mohd Fadhli Mohd Shas
Senarai pemain Thailand:
Kawin Thamsatchanan (kapten), Panupong Wongsa, Theerapyhon Bunmathan, Chonlatit Jantakam, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri, Adul Lahsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao
Pengadil perlawanan: Torki Mohsen Ramezanali (Iran)
Mohf Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohammad Aidil Zafuan, Safiq Rahim (kapten), Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammudin Akil, Baddrol Bakthiar, Mohd Fadhli Mohd Shas
Senarai pemain Thailand:
Kawin Thamsatchanan (kapten), Panupong Wongsa, Theerapyhon Bunmathan, Chonlatit Jantakam, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri, Adul Lahsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao
Pengadil perlawanan: Torki Mohsen Ramezanali (Iran)
1 ulasan:
Tahniah.. Nk wat gne.. Nasiiiiiib.. Cuba lg bro... Esok masih ada.... Kih.kih.kih..
Catat Ulasan