Tanah di Selangor :
Sebelum ini, DAP ada membuat pendedahan tanah yang dikatakan milik Umno
Puchong gagal membayar cukai selama dua tahun berturut-turut ke atas
tanah itu. Tanah-tanah tersebut merupakan sebahagian daripada 24 keping
tanah yang diperolehi Barisan Nasional dengan harga murah semasa
pentadbiran mereka sebelum tumbang pada Mac 2008. Itu kata Hannah Yeoh,
ADUN Subang jaya….
Dakwaan DAP : Isu Tanah di Selangor & Tunggakan Cukai Taksiran
- Tanah dengan nombor lot 0073899 dan 0073900 itu mempunyai bayaran cukai tertunggak sebanyak RM26,935.50 dan RM110,869.20
- Kedua-dua cukai taksiran mencecah hampir RM150 ribu
- Tanah itu merupakan sebahagian daripada 24 keping tanah yang diperolehi BN dengan harga murah sewaktu pentadbiran mereka di Selangor dengan harga RM1 sekaki persegi
- MCA dan Gerakan turut memiliki sekeping tanah dalam daerah Puchong. Tanah yang nombor lot PT29095 terletak di Pekan Kinrara yang didakwa didaftarkan di atas nama Gerakan manakala tanah yang didakwa milik di MCA itu didaftarkan atas nama MCA cawangan Batu dan terletak di Pekan Pucung Jaya dengan nombor lot PT235.
RM1 kaki persegi? Rakyat Selangor pun
tidak mendapat menikmati keistimewaan sebegitu rupa untuk memiliki tanah
di negara sendiri. Tetapi andaikata, tanah tersebut digunakan untuk
tujuan kebajikan contoh pusat kemasyarakatan tiada masalah. Tetapi jika
untuk pembinaan kondominium contohnya atau lain-lain yang tidak
berkaitan dengan rakyat.
Bukan tugas kami untuk menentukan siapa
yang salah, siapa yang betul. Undang-undang tetap undang. Jikalau mereka
menyalahgunakan tanah tersebut dan tidak mengikut prosedur yang betul,
diharapkan tanah tersebut perlu dirampas kembali di bawah Kanun Tanah
Negara. Siapa yang bersalah, perlu diberikan hukuman sebagai pengajaran
kepada semua…
Jawapan Balas BN Selangor : Usah Ungkit Cerita Lampau, Rakyat Sudah Hukum Kami
Harapan kami Barisan Nasional, menjawab
persoalan dan dakwaan seperti ini berserta dnegan bukti semata bukan
sekadar penafian semata-mata. Bukti anda dipihak yang benar. Dan
akhirnya satu hari selepas itu, Barisan Nasional Selangor tampil
memberikan kenyataan balas di mana berharap :
- Penyelewengan & jenayah yang sebelum ini tidak perlu dicari dan dibongkarkan kepada umum
- Ini kerana rakyat Selangor sudah menghukum Barisan Nasional Selangor semasa Pilihanraya Umum ke 13
- Perdana Menteri sudah dengan rendah diri minta maaf kepada semua
- Dan, Barisan Nasional Selangor lebih suka untuk tumpukan perhatian mereka utnuk meraih sokongan daripada anda-anda semua yang mengundi Selangor untuk mengambil kembali kuasa daripada Pakatan Rakyat di Selangor
- Barisan Nasional (BN) lebih suka untuk melihat ketelusan kerajaan negeri yang dikatkan mampu untuk mengumpul rizab tunai sejumlah RM2 bilion berbanding isu-isu yang melibatkan BN Selangor
P/S : Ruang dan peluang sudah diberikan
untuk berikan kenyataan. Dan….sepatutnya menggunakannya untuk menjawab
pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh pemimpin DAP tersebut.
Sebaliknya……
PP/S : Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), satu lagi tugas untuk anda selesaikan….”andaikata anda berminat”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan