MSO
Ada tujuh perkara yang sering dibangkitkan oleh UBN dan ianya
dijadikan momokan kepada rakyat agar menolak Pakatan Rakyat untuk
mengambil alih kerajaan di negara ini. Perkara ini diulang-ulang dan
ditaburkan kepada rakyat dalam berbagai bentuk menerusi pelbagai
saluran. Penyampai pula dari peringkat pemimpin tertinggi hinggalah
kepada penyokong Umno di kedai-kedai kopi atau gerai canggung di kampung
dan desa.
Tujuh perkara ini diasak betul-betul kepada rakyat terutamanya yang
tidak begitu celik IT dan warga tua di kampung-kampung. Mereka yang
menerima pandangan hanya dari satu lorong (one way) dan tidak mempunyai
otak kreatif terus mempercayainya.
Cuba sama-sama kita renung dan kaji tujuh perkara ini sejauh manakah
kebenaran dan kesahihannya. Saya akan membuat matemetik politik
berhubung perkara ini dengan memberi jawaban seringkas mungkin.
Tujuh perkara itu ialah;
1. Konon sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya ke-13 ini negara akan jadi huruhara.
- Kononnya akan berlaku huruhara sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bentuk
huruhara yang diuar-uarkan kepada rakyat kononnnya akan berlaku situasi
perbalahan kaum seperti 13 Mei 1969. Mari kita tanya siapakah yang akan
mencetuskan keadaan itu kalau ia benar berlaku? Apakah orang Cina, atau
orang Melayu atau orang India? Di pihak Pakatan Rakyat pasti tidak akan
memulakan kerana mereka suka kerana menang. Jadi potensi kalau berlaku
yang akan memulakan ialah pihak yang membuat momokan itu.
- Sehubungan itu disebarkan kononnya tentera akan mengambil alih
kerajaan ini kalau Pakatan menang. Kenapa? Apakah tentera tidak
menghormati kepada demokrasi? Sediakan tentera untuk mengambil tindakan
demikain. Di sinilah jelas pihak yang membuat spekulasi itu hanya
menuduh semata-mata bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengundi Pakatan
Rakyat. Tentera boleh mengambil alih kerajaan kalau kerajaan tidak
stabil dan berlaku huruhara.
- Ternyata juga pihak yang membuat isu berfikiran jahat, dengki dan
tidak boleh menerima hakikat berlaku perubahan hatta pun untuk kebaikan
rakyat.
2. PAS menjadi alat kepada DAP.
- PAS menjadi sasaran dituduh sebagai alat DAP. Pihak yang membuat
tuduhan itu telah merendah-rendahkan martabat para pemimpin PAS. Mereka
mengira pemimpin PAS budak-budak yang tidak ada prinsip. Tuduhan ini
asalnya datang dari beberapa pemimpin PAS sendiri yang tidak dapat
'menguah' dan popular dari kalangan ahli PAS kerana kesongsangan politik
mereka.
- PAS sebagai sebuah parti berwibawa ia mempunyai perlembagaan tubuhnya.
PAS berpegang kepada perlembagaan yang dikonsepkan dari ajaran al
Quran, Hadith, Qias ulama dan ijtihad pemimpin. Sesiapa pun tidak boleh
memperalatkan PAS kerana ia ada perlembagaan. Seperkara lagi yang
membuat keputusan didalam PAS ialah ahlinya bukan saja segelintir
pemimpin. PAS ada muktamar dan persidangannya bagi menentukan hala
tujuan dan matlamatnya. PAS dipancu secara jemaah bukan individu apa
lagi otokrasi.
- Tuduhan begitu adalah datang dari mereka yang tidak tahu kaedah atau memahami apa itu pertubuhan dan organisasi.
3. Anwar akan jual Malaysia kepada Yahudi atau kuasa asing.
- Kononnya kalau Pakatan Rakyat menang dan Anwar jadi PM, negara ini
akan menjadi milik kuasa asing, Amerika dan Yahudi. Negara asing akan
memerintah negara ini. Ini juga tuduhan dangkal dan tidak berasas.
Mereka yang membuat tuduhan ini sekali lagi tidak tahu konsep sesebuah
negara dibangunkan secara demokrasi. Kalau benar Anwar ada bermaksud
begitu ia tidak semudah untuk menjual anak kucing. Dalam Pakatan Rakyat
ada PAS dan DAP. Peraturan demokrasi dan semangat pakatan ini kena
fahami.
- Dakyah dan fitnah itu boleh dilihat kepada perjuangan Anwar kini.
Kalau Anwar ingin menjualkan negara ini kepada kuasa asing beliau tidak
akan mempertahankan prinsipnya semasa dalam BN dulu. Beliau ikut
kehendak Mahathir termasuk membenarkan wang negara dirompak dan disamun
semewahnya oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Orang yang mempertahankan
hak negara, prinsip bangsa dan maruah tanah air tidak akan berbuat
demikian.
- Sekali lagi dinyatakan rakan Pakatan Rakyat PAS terutamanya tidak akan membenarkannya.
4. Negara akan bankrup.
- Negara ini akan bankrup sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Ini
dirujukkan kepada beberapa polisi dan dasar membantu rakyat yang
dicadangkan oleh Pakatan Rakyat seperti mana terkandung dalam Buku
Jingga. Antara perancangan kerajaan itu termasuk, menghapuskan tol di
lebuh raya, menghapuskan PTPTN, menurunkan kadar cukai harga kereta,
memberi tambahan 15% royalti petroleum kepada negeri-negeri yang
menghasilkan minyak dan gas.
- Penurunan kadar itu bagi meringan beban rakyat, ia dibuat dari formula
dengan menghapuskan rasuah dan memansuhkan bayaran-bayaran yang tidak
sepatutnya. Ironisnya kalau segala pembangunan yang dilaksanakan oleh
kerajaan hari ini tidak pula dianggap sebagai bankrup. Perhatikan betapa
banyak wang negara dibazirkan artau pun digunakan tidak pada tempatnya.
Penyelewengan, rasuah dan bayaran-bayaran tidak wajar berlaku itu semua
merugikan negara.
- Jelas ia hanya tuduhan semata-mata bagi mencerminkan kelemahan dan
kebobrokan kerajaan Pakatan Rakyat. Walhal yang sudah terbukti
menyeleweng, samun harta rakyat dan khianat ke atas rakyat dan negara
ialah pemimpin kerajaan hari ini.
- Ini boleh dirujukan kepada berbagai skandal berlaku yang melibatkan
wang rakyat dan negara mengalami kerugian berbillion ringgit. Contoh
paling baru ialah bagaimana projek lembu gemuk (NFC) wang rakyat
dimanipulasikan untuk kepentingan individu.
5. Pembangkang tidak ada pengalaman.
- Pihak parti kerajaan selalu menguar-uarkan Pakatan Rakyat tidak boleh
memerintah kerana mereka tidak ada pengalaman. Ini hujah yang cetek dan
naif sekali. Hujah kebudak-budakan. Memang Pakatan Rakyat tidak ada
pengalaman dalam soal ini kerana belum pernah menjadi kerajaan. Kalau
orang yang berpendapat demikian cerdik dan tidak 'ssumbat' dan masuk air
dia tidak akan tergamak memberi hujah demikian. Macam mana Pakatan
Rakyat mempunyai pengalaman sebab belum memerintah. Hal yang sama juga
berlaku kepada BN dulu, sebelum tahun 1971 ia juga tidak ada pengalaman.
Dan Umno sendiri asalnya tidak pun wujud, ia diwujudkan kemudian. Umno
semasa mula menjadi kerajaan tidak ada pengalaman dan mereka dibimbing
oleh British.
- Pengalaman akan ada apabila ia menjadi kerajaan. Setelah itu baru
dapat diukur ada pengalaman mampu atau tidak. Pandangan atau panduan
awal boleh dibuat ke atas empat kerajaan negeri yang diperintah oleh
Pakatan Rakyat ketika ini; Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Baru empat tahun (kecuali Kelantan) Pakatan Rakyat memerintah sudah
nampak perubahan positif sekurang-kurang dari aspek kemanusian dan
integriti. Ia boleh disaksi sendiri. Jangan saksi atau baca butiran dan
dakyah dilemparkan menerusi media massa tetapi cuba selidik sendiri.
- Pencapaian dari segi ketelusan (integriti) kerajaan Pakatan Rakyat
jauh lebih baik daripada kerajaan negeri-negeri lain. Misalnya Kelantan
dalam keadaan ditekan dan dihindik namun negeri itu masih berjaya
membawa rakyat selari dengan negeri-negeri lain, sebaliknya pembangunan
dari segi rohanian dan kemanusiaan Kelantan mendahului negeri-negeri
diperintah oleh BN. Hutang kerajaan Kelantan dengan federal jauh lebih
rendah berbanding dengan Pahang, Johor, Melaka, Perlis dan lain-lain.
6. Pembangkang tidak tunai janji.
- Ini satu lagi tuduhan dangkal dan kurang cerik. Apabila BN melaungkan
slogan "Janji ditepai" mereka menuduh pembangkang tidak menunaikan
janji. Ini dirujuk kepada manifesto pilihan raya dikemukakan oleh
Pakatan Rakyat. Contoh diambil ialah Selangor. Jikalau manifesto yang
dirujuk, bukan saja Pakatan Rakyat tidak menunaikan janji tetapi BN juga
banyak janji-janji yang diikrarkan dalam manifesto tidak ditunaikan.
- Orang yang sihat akan dapat berfikir kenapa janji manifesto itu tidak
ditunai semuanya, sebabnya Pakatan Rakyat tidak berjaya membentuk
kerajaan Pusat. Sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Malaysia semua janji
itu akan dipenuhi kerana sebahagian besar janji perlu dilaksanakan bila
kewangan mencukupi. Sesetengah bukan kerajaan Pakatan Rakya sengaja
tidak mahu laksanakan tetapi terhalang disebabkan perbezaan kerajaan.
Contohnya kerajaan Kelantan tidak dapat untuk merancakkan industeri
berat kerana tidak ada kelulusan dan kerjasama dari kerajaan Pusat yang
memegang atau berkuasa ke atas bidang-bidang tertentu.
7. Malaysia akan jadi seperti Singapura.
- Tuduhan ini juga merupakan imiginasi yang tidak berasas sama sekali.
Kononya kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia akan jadi seperti
Singapura... orang Melayu tidak akan berkuasa dan Islam tidak akan
berdaulat. Hujah yang digunakan kononnya DAP akan mengubah corak
pemerintahan Malaysia ke arah republik dan liberal tanpa menjadikan
bangsa dan agama sebagai asasnya. Tuduhan ini satu fitnah besar yang
datang dari orang yang tidak mendapat pendidikan secara teratur.
- Kebimbangan seperti ini seharusnya tidak timbul kalau mereka - si
penuduh mengenali sejarah bagaimana nasib dan apa yang berlaku ke atas
Singapura dahulu. Siapa yang menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
Apakah orang itu kini berada didalam Pakatan Rakyat? Tuduhan atau
anggapan demikian oleh Umno seperti meludah ke muka sendiri. Apa yang
menimpa ke atas Singapura tetap dijadikan azimat dan iktibar bukan saja
kepada Melayu tetapi Cina juga.
- Kalau takdirlah DAP berhasrat menjadikan Malaysia seperti Singapura,
apakah parti itu cukup kuat dan berkuasa? Dan apakah Melayu di dalam
Umno akan hanya melihat saja tatkala Melayu dan Islam di dalam Pakatan
Rakyat bangkit mempertahankan kehendak DAP itu? Kalau itulah berlaku
maka jelas yang ada hasrat untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura
adalah Melayu di dalam Umno. Perlu diketahui Malaysia tidak boleh
dijadikan seperti Singapura selagi perlembagaan tidak dirombak...
sedangkan untuk merombak perlembagaan orang Cina memerlukan 2/3 kuasa di
parlimen. Juga bukan semudah itu kerana ada bab-bab tertentu di dalam
perlembagaan negara ianya tidak boleh diubah meskipun ada kuasa 2/3.
Itulah di antara tujuh perkara yang dijaja oleh UBN untuk mengabui mata
rakyat agar tidak menyokong Pakatan Rakyat. Kesemua tuduhan itu
direkacipta yang terbit dari ilusi rasa gerun dan takut UBN kepada
kemampuan Pakatan Rakyat. Sebenarnya selain dari tujuh perkara itu ada
beberapa perkara lagi yang ditimbul dan dimainkan untuk mengelirukan
rakyat.
Jelas apa yang ditimbulkan bukan saja jauh dari kebenaran tetapi
setengahnya sudah dapat difahami oleh rakyat ia adalah fitnah mentah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan