Wednesday, January 4, 2012

PERKASA fail injuksi halang roboh Madrasah Salihiah

MALAYSIA KINI

PERKASA akan memfailkan permohonan injunksi untuk menghalang kerajaan negeri Kedah merobohkan Madrasah Salihiah.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata permohonan itu akan difailkan menerusi firma guaman Ahmad Rusydi Md Nor & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Star esok, lapor Bernama.

"PERKASA akan menaja peguam bagi memohon injunksi di mahkamah agar madrasah yang berusia lebih 100 tahun ini tidak dirobohkan. Sebenarnya, banyak alasan untuk elak ia dirobohkan. Saya agak pelik kerana kerajaan Kedah kononnya memperjuangkan Islam tetapi nak merobohkannya.

"Tapi kita PERKSA akan memperjuangkan agar ia tidak dirobohkan. Kita juga akan melancarkan kempen mengumpul tandatangan untuk menghalang kerajaan Kedah daripada merobohkan madrasah tersebut," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengambil contoh sebuah kuil di pusat membeli-belah Midvalley di Kuala Lumpur, Ibrahim berkata pendekatan serupa juga boleh diambil oleh kerajaan negeri Kedah tanpa perlu merobohkannya.

"Contohnya ketika nak membangunkan Midvalley, di situ terdapat sebuah kuil. Tapi kuil itu tidak dirobohkan bahkan dinaik taraf dan Midvalley tetap dapat dibina.

"Dengan contoh yang ada ini, kenapa kerajaan Kedah nak merobohkan madrasah ini?," soal Ibrahim, seperti dilaporkan agensi berita rasmi kerajaan.

Isu Madrasah Salihiah timbul selepas kerajaan negeri meluluskan pembangunan Plaza Tunku Yaacob dan mencadangkan surau bagi menggantikan madrasah yang dibina pada 1905, di tingkat bawah plaza itu.

No comments: