Tuesday, January 24, 2012

Panas: 'Duit Zakat Beli Hotel', MUIP Di Gesa Siasat Master Mind Di Sebalik Segala Urusan Berkenaan!

PAHANG DAILY


KUANTAN - Gara-gara melantik "orang luar" menjadi Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) maka akhirnya kontroversi pembelian Hotel MS Garden terjadi.

Menurut sumber, pegawai berkenaan dikenali sebagai Izhar Ahmad (foto) yang berasal dari Kelantan itu dipercayai menjadi punca segala kekalutan yang melanda MUIP sekarang ini. Beliau yang bukan merupakan "orang agama" diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjaga hal ehwal ekonomi MUIP.

Malah, menurut kariah di kawasan tempat tinggal beliau, kelibatnya tidak pernah dilihat bersama-sama jemaah yang lain di surau tamat perumahan terbabit. Justeru itu, pihak kami mendesak supaya Kerajaan Negeri Pahang menyiasat hal ini demi kepentingan agama Islam itu sendiri.

Tindakan beliau yang mempengaruhi Timbalan Yang DiPertua MUIP, Dato' Sri Wan Hj.Abdul Wahid Hj.Wan Hassan untuk menggunakan "duit zakat" bagi membeli hotel terbabit amatlah dikesali. Malah, difahamkan beliau turut memanipulasi nama "pihak istana" untuk membolehkan urusan pengambilan wang zakat dipermudahkan.

Tindakan yang mengelirukan ini tidak wajar berlaku sebenarnya, kerana wang zakat adalah bertujuan untuk kebajikan dan bukannya komersial. Menurut sumber, segala urusan pembelian hotel berkenaan kini hampir selesai sepenuhnya. Malah, bayaran deposit urusan pengambilalihan hotel terbabit sudah pun dilunaskan iaitu sebanyak RM5 juta.

Difahamkan juga, hotel ini mahu dijadikan "Islamic Hotel" seleras dengan hala tuju MUIP yang mahu meningkatkan syiar agama Islam di negeri ini. Namun, apa yang meragukan ialah pembelian terbabit hanya atas namanya sahaja, sedangkan pihak pengurusan dikekalkan kerana MUIP langsung tidak punyai kepakaran untuk mentadbir sebuah hotel sehebat MS Garden itu sebenarnya.

Inilah yang memusykilkan umat Islam andainya segalanya ini berlaku. Nama MUIP akan tertera pada hotel terbabit, sedangkan di dalamnya masih mengekalkan benda yang sama.

Apakah Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP tidak boleh berfikir sebijak itu dan hanya mengejar komisyen dan keuntungan yang akan diperolehi atas pelaburan yang cukup menimbulkan kontroversi ini.

[Jika benar dakwaan pihak terbabit bahawa "Master Mind" di sebalik kontroversi ini ialah Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP sendiri, maka tindakan tegas wajar diambil. Beliau adalah "orang luar" yang telah dilantik ke jawatan itu dengan mengenepikan ramai calon-calon anak jati Pahang yang lebih layak sebenarnya.

Siasatan telus perlu dilakukan siapakah "proksi" beliau di MUIP hingga membolehkan urusan menggunakan wang zakat untuk tujuan komersial ini. Justeru itu hala tuju MUIP perlu diperbetulkan jika mahu melihat masa depan agama Islam itu terbela.

Jika duit zakat pun mahu dikomersialkan, maka apakah akan terjadi kepada Asnaf yang lapan itu gamaknya. Masih ramai asnaf yang gagal mendapat peruntukan wang zakat. Maka, kenapa mahu diselewengan ke jalan pelaburan?. Apa motif wang zakat sebenarnya?.

Harap, Pegawai terbabit dapat menjawapnya agar ia tidak kelirukan umat Islam. Bekerjalah kerana Allah, bukan kerana mengejar keuntungan duniawi semata-mata].

No comments: