MALAYSIA KINI
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menaikkan sasaran pungutan hasil kepada sebanyak RM31.1 bilion tahun ini selepas mencatatkan sejarah dengan memungut hasil tertinggi RM30.4 bilion pada tahun lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohamed Khalid Yusof berkata Bahagian Penguatkuasa pula telah merampas barangan yang ditegah dan larangan bernilai RM542.9 juta dan menyelamatkan hasil cukai berjumlah RM471 juta tahun lepas.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke-30 yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Sementara itu, Kastam Sabah merampas pelbagai barangan larangan, bersubsidi dan kawalan bernilai lebih RM590,000 dalam operasi di tiga daerah di pantai timur negeri ini sepanjang minggu lepas.
Timbalan Pengarah Kastam negeri Hamzah Sundang berkata barangan terbabit dipercayai diseludup masuk dan juga keluar negara jiran.
"Semua rampasan dilakukan oleh Pasukan Kastam Marin Sabah dalam operasi 10 hari dikenali sebagai Operasi Pasukan Marin Bersepadu.
"Ia dijalankan bermula 12 hingga 22 Jan di kawasan pantai timur Sabah melibatkan daerah Tawau, Lahad Datu dan Semporna," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Hamzah berkata antara barangan terbabit ialah rokok, mercun, petrol dan diesel, serta barangan kawalan seperti makanan, daging beku, minyak masak, tepung dan gula.
Selain itu pihaknya turut menahan tiga lelaki warga asing berumur antara 22 dan 30 tahun kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan penyeludupan minyak petrol dan diesel.
Hamzah juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan di negeri ini supaya menghubungi pejabat Kastam terdekat atau mengubungi talian bebas tol 1-800-88-8855. Bernama

No comments:
Post a Comment