Malaysiakini melaporkan:
Kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) hari ini membuat laporan polis berhubung cara pasukan keselamatan itu menangani perhimpunan anjuran sekumpulan mahasiswa di Tanjung Malim kelmarin.Kelmarin dulu MalaysianInsider ada melaporkan:
Kumpulan tersebut mendakwa pihak polis kerana bertindak ganas dan mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara pada perhimpunan itu.
Laporan polis itu dibuat oleh jurucakap BEBAS Haziq Abdullah Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 2 petang ini. - Mkini.
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Polis Perak hari ini mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.Dalam laporan lain MalaysianInsider juga melaporkan:
Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila pelajar melakukan demonstrasi aman menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
“Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan,” menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli kepada The Malaysian Insider. - TMI.
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Polis menafikan dakwaan memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menegaskan “tiada pergelutan” berlaku apabila tangkapan dibuat.Dari 2 laporan tu memang jelas ada mahasiswa yang dipukul. Kalau ikut saksi kejadian ada mahasiswa yang disepak, diterajang dan dipijak termasuk Safwan.
Mahasiswa dan ahli politik pembangkang telah mendakwa beberapa mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik telah dipukul dan ditangkap awal pagi selepas ingkar arahan agar bersurai.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata “tindakan perlu” diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa “tercedera sendiri”.
“Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.
“Mereka melawan yang mana ia mungkin boleh membawa kepada berlakunya pergelutan,” katanya dipetik The Star.
Mohd Shukri berkata seorang mahasiswa telah merempuh dinding kaca di sebuah klinik berhampiran semasa demonstrasi dan telah tercedera. - TMI.
Isu cermin klink pecah pulak, mahasiswa ada cerita lain macam yang diceritakan dalam video di bawah. (minit ke 6:14)
Depa memang sengaja pecahkan pintu klinik tu untuk pastikan Safwan yang kelihatan nazak dapat rawatan, malangnya pihak klinik tu tetap enggan merawat Safwan.
No comments:
Post a Comment