Oleh Raudhatul Jannah Jalidar
PETALING JAYA : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata layanan media arus perdana terhadap parti pembangkang jauh daripada memuaskan dan menjadi penghalang kepada proses pilihanraya yang telus dan adil.
“Media kita masih dikongkong oleh Umno-Barisan Nasional, memang tidak munasabah untuk dibicarakan soal demokrasi…tanpa ada media bebas,” kata beliau.
Anwar berkata PSC akan didesak untuk memastikan media arus perdana memberikan ruang dan layanan adil kepada pembangkang pada PRU 13, khususnya kepada calon-calon yang akan bertanding.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ketetapan untuk menggunakan dakwat kekal bagi mengelak kes pengundi membuang undi dua kali harus disusuli dengan perubahan lain.
Pakatan Rakyat mahu Suruhanjaya Pilihanraya diberi kuasa untuk mengendalikan sebuah rangkaian telivisyen bagi memastikan liputan yang adil bagi pembangkang pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.
Anwar berkata gagasan pembangkang akan membuat saranan itu kepada Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihranraya Parlimen (PSC) secepat mungkin.
“Kita juga telah mengusulkan supaya ada satu “channel” khas yang dikendalikan oleh SPR sendiri supaya seluruh isu dan berita (dilaporkan) secara bebas dan telus,” tambah beliau selepas mesyuarat pimpinan tertinggi dua kali harus disusuli dengan pembaharuan-pembaharuan lain.
“Masih juga ada ruang-ruang yang menjadikan pilihanraya tidak telus, contohnya daftar pemilih, kebebasan media (dan) undi pos. Ini perlu untuk menjamin perubahan yang bersungguh-sungguh, jika tidak maka tidak adalah jaminan bahawa pilihanraya dapat dilangsungkan dengan adil,” kata Hadi.
Merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit kes liwatnya Isnin depan, Anwar yakin sebarang keputusan hakim tidak akan menjejaskan Pakatan Rakyat.
"Ini kerana Pakatan Rakyat, kita pimpin dan putuskan secara kolektif sebagai satu pasukan. Kita cukup bersedia," kata beliau.
Dalam pada itu Anwar berkata, Konvensyen Pakatan Rakyat di Kedah pada 14 Januari depan akan memperincikan isu-isu semasa seperti kos sara hidup yang semakin meningkat, Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) serta penyenaraian Feldal Global Ventures.
No comments:
Post a Comment