KUALA LUMPUR - Malaysia memperoleh emas dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.
Dengan kemenangan hari ini, Malaysia mengekalkan emas kali kedua berturut-turut.
Pasukan negara mengatasi Indonesia menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 pada masa tambahan permainan.
Malaysia menyudahkan empat gol lawan tiga menerusi penalti untuk menang 5-4.
Terdahulu Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.
Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima.
Dengan kejayaan ini Malaysia telah mengumpulkan 59 emas Sukan SEA, kurang satu untuk mencapai sasaran kutipan pingat.
No comments:
Post a Comment