Wednesday, November 23, 2011

LAGU KEBANGSAAN DIEJEK PUN SALAH PEMBANGKANG JUGA? BEBAL PUNYA MENTERI

Oleh: WFAUZDIN NS


BETUL juga kata orang, bukan semua yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri itu cerdik. Kadangkala terlebih bengap dari orang bodoh pun ada. Contohnya, macam Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Sebenarnya ramai lagi, tetapi untuk mahu menceritakan tentang maruah negara kita `dipersendakan' di Indonesia sepanjang Sukan Sea sekarang elok kita lihat apa kata Timbalan Menteri yang bengap ini.

Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta. Beliau berkata demikian sewaktu penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Kita mahu beritahu Razali, jika beliau mahu `ampu atau jerk' Najib sekalipun jangan sampai `jerk' terbalik kereta dibuatnya. Memalukan Umno saja dapat Timbalan Menteri sebengap itu. Apa hujah beliau untuk sabitkan penyokong Indonesia marah sangat kepada Malaysia? Pasal pemimpin Pembangkang selalu cerita pasal rasuah pemimpin kamu di negara luar? Cuba sebut, di negara mana yang tidak tahu pasal rasuah pemimpin Umno? Negara mana yang tidak tahu pasal pembunuhan Altantuya? Pasal sekatan hak asasi dan bersuara, negara mana yang tidak tahu? Semua negara tahu. Tetapi, bila kita ke negara seperti Singapore, Thailand, Negara-Negara Eropah di dalam beberapa acara sukan, adakah rakyat di sana melakukan seperti yang dilakukan di Indonesia?

Jadi, apa masalahnya di Indonesia sampai begitu sekali? Razali ini terlupakah isu sebenar di antara negara kita dengan negara jiran tersebut? Isu kononnya negara kita dituduh menceroboh wilayah mereka? Mengapa kita tidak boleh selesaikan secara diplomatik dengan mereka secara harmoni? Selagi ada prasangka buruk terhadap negara kita di dalam isu tersebut, ertinya kita gagal dalam hubungan diplomatik. Itu belum kira isu berapa ramai warga mereka yang bekerja di negara kita membawa cerita mereka dianiayai. Apa kena mengena dengan Pembangkang di dalam isu ini?
Kalaulah kerana Pembangkang, di setiap negara luar sana kita akan dilayan seperti di Indonesia. Tetapi itu tidak berlaku sedangkan negara di luar sana juga terdedah dengan segala kemungkaran pemimpin negara ini. Ini bukti menunjukkan bahawa kerajaan kita lemah untuk mengatasi beberapa isu sensitif dengan Indonesia. Kelemahan mereka ini mahu dibebankan kepada Pembangkang. /wfauzdin.blogspot.com

No comments: