MALAYSIA KINI
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur akan mendengar pada 29 Mac depan semakan kehakiman yang difailkan gerakan BERSIH 2.0 bagi membatalkan perintah yang mengisytiharkannya sebagai persatuan tidak sah.
Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak-pihak terbabit di kamar hari ini.
Mahkamah dijadualkan mendengar pada hari ini permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh 14 anggota jawatankuasa pemandu gerakan itu, termasuk Datuk S Ambiga, terhadap Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, dan kerajaan.
Peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustafa yang mewakili ketiga-tiga responden, memberitahu pemberita bahawa mahkamah menangguhkan pendengaran selepas meluluskan lanjutan masa yang dipohon jawatankuasa itu bagi menjawab affidavit responden.
Pada 28 Sept, jawatankuasa itu diberi kebenaran dari Mahkamah Tinggi bagi semakan kehakiman itu. - Bernama

No comments:
Post a Comment