Wednesday, November 23, 2011

Felda mengaku kalah?



DUNGUN - Saman yang dibuat para peneroka dari Felda Kerteh 1 dan 2, jelas memberikan kesan kepada Felda yang bertindak 'seolah-olah mengaku kalah' apabila memanggil semua peneroka terbabit.

Tujuh puluh tujuh peneroka yang telah memfailkan saman terhadap Felda di mahkamah Tinggi 13 Oktober lalu telah ditawarkan oleh pihak Felda untuk dibayar sebanyak RM17,000 setiap seorang dengan bersyarat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Saman Felda Ust Hj Roslan Hj Ismail (gambar kiri dua dari kiri dihadapan mahkamah 13 Oktober lalu) berkata, pihaknya dan para peguam kes terbabit akan menilai semua perkara yang ditawarkan oleh pihak Felda itu.

"Pagi semalam Felda memanggil semua peneroka yg terlibat dalam saman dan 'offer' untuk bayar RM17,000 dengan bersyarat,

"pihak guaman, Jawatankuasa Bertindak, WARIS dan ANAK akan menilai semua tawaran,"ujarnya dalam pesanan ringakas yang dihantar kepada Buletinonline.

Menurut Ustaz Roslan yang juga Pengerusi NGO Waris, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut pada minggu hadapan.

Dalam ada itu, katanya, pihaknya menasihatkan para peneroka dan meminta pihak Felda merujuk kepada para peguam yang telah mefailkan kes tersebut.

Katanya, walaupun Felda 'menaburkan janji manis' dengan tawaran akan membayar segera wang tersebut sekiranya para peneroka bersetuju, namun pengalaman lalu telah membuktikan, Felda tidak menepati janji.

"kita nasihatkan peneroka (dan) supaya Felda 'refer' kepada 'lawyer' kerana kes telah dirujuk kepada mahkamah,

"taktik ini biasa dibuat oleh Felda, kalau kita (peneroka) setuju, Felda akan mula berunding dan mereka akan menang, biasanys Felda tak bayar. mereka kelentong saja,"jelas Ustaz Roslan.

Beliau juga meragui tawarn Felda tersebut kerana menurut Felda meletakkan beberapa syarat dalam tawarannya, yang mudah membatalkan apa-apa janji yang dibuat.

"Ada beberapa syarat meragukan dari Felda seperti, kebun mesti bersih, tanam sebanyak 50 pokok seekar, tebang semua pokok tua, dan lain-lain,"tambahnya.

No comments: