Thursday, May 27, 2010

Tunjuk Bukti Umno Pecah Belahkan MIC !

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Ekoran dakwaan yang Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC, S Vell Paari,anak kepada Presiden MIC, S Samy Vellu ,diminta membuktikannya atau memohon maaf atas dakwaan tersebut.

Naib presiden Umno, Hishammuddin Tun Hussein dipetik media diminta mengulas dakwaan anggota Jawatankuasa Pusat MIC itu di sebuah laman web "Free Malaysia Today", bahawa Umno menjadi punca masalah dalaman MIC.

Beliau bukan sahaja marah dengan tuduhan tersebut, malah menganggap ia tuduhan melulu, tidak bertanggungjawab dan cubaan untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap permasalahan dalaman sebenar parti berkenaan.

"Cukup-cukuplah semua yang tak kena dilemparkan dan dituduh kepada Umno," katanya dipetik media.

No comments: