:Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, projek yang dikategorikan sebagai ‘sakit’ itu membabitkan satu peratus daripada keseluruhan 1,673 projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang kini masih dalam pembinaan.
“Dalam RMK-9, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan 3,737 buah projek. Antara faktor masalah projek itu menjadi terbengkalai kerana kelemahan kontraktor, masalah bahan binaan, masalah skop teknikal dan cuaca,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bukit Bunga di sini, semalam.
Menurutnya, selain CIQ itu, projek pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu adalah dua projek sakit di Kela:ntan yang telah diberi keutamaan untuk disiapkan mengikut jadual, katanya.
Mengulas perjalanan projek kompleks yang menghubungkan Bukit Bunga dan Ban Buketa, Selatan Thailand, yang melalui Jambatan Persahabatan, Shaziman berkata, kompleks itu dijangka siap sepenuhnya bulan depan.
“Masa terbengkalai pada 2007 sudah 75 peratus disiapkan oleh kontraktor terdahulu yang sepatutnya siap pada Disember 2008. Sudah dua kali kementerian memberikan tempoh lanjutan atas masalah spesifikasi bumbung dan masalah cuaca.
“Kontraktor penyelamat ini telah memberi jaminan ia dapat disiapkan bulan depan dan pertambahan kos masih belum ditaksir sepenuhnya lagi,” katanya.
Kos pembinaan CIQ itu sebelum ini membabit:kan kos sebanyak RM37.2 juta yang pembinaannya bermula pada Jun 2007 dan pada Disember lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejajiva telah merasmikan Jamba:tan Persahabatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan