Wednesday, May 26, 2010

Samy Vellu berhenti pada Julai ini?

FREE MALAYSIA TODAY


mugilan KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan yang disingkirkan yakin Datuk Seri Samy Vellu akan meletakkan jawatan pada bulan ini.

"Mulanya saya mahu beliau berhenti pada akhir tahun ini tetapi saya telah menukar fikiran. Saya mahu beliau berhenti Julai setelah melihat sokongan kepada gerakan anti Samy Vellu (GAS)," katanya dalam sidang media pagi tadi.

GAS dijangka dilancarkan secara rasmi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara Ahad ini.

Ditanya mengenai permit polis, Mugilan berkata, pihak penganjur sedang mengurusnya.

Mugilan juga mendakwa, lebih 10,000 termasuk bekas Naib Presiden MIC, V Govindaraju dijangka menghadiri perhimpunan tersebut.

"Saya akan mengumumkan pelan bagaimana untuk menekan supaya Samy berhenti bulan Julai ini," katanya.

Dalam sidang media tersebut, Mugilan menunjukkan bukti dewan PWTC tidak ditempah di bawah nama Umno sebagaimana dakwaan Ketua Pemuda MIC, T Mohan.

No comments: