KUALA LUMPUR - PAS hari ini menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berhubung pendedahan beliau berkaitan dana RM4 juta yang dialurkan melalui syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) untuk menggulingkan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata menjatuhkan seseorang individu bukan menjadi dasar parti itu.
"Ini bukan agenda PAS. Kita tidak hendak jatuhkan Pak Lah atau Najib sebagai individiu. Perjuangan kita ialah menentang dasar. Kalau ditanya kita hendak jatuhkan kerajaan, jawapannya ya kerana itu mememangnya tanggungjawab parti politik untuk mengalahkan lawannya. sama juga tindakan Barisan Nasional hendak jatuhkan Pakatan Rakyat," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini tengahari tadi.
Mustafa menambah beliau tidak tahu menahu mengenai GMC sehinggalah Syed Azidi mendedahkan mengenainya baru-baru ini.
"Saya tak tahu apa-apa mengenai GMC dan sepanjang pengetahuan saya PAS tidak terlibat. Saya juga mendapat pengesahan daripada PAS Kelantan bahawa mereka tidak memberi wang sebanyak RM4 juta.
"Samada orang PAS terlibat saya tak tahu, Macam kita kata orang Umno rompaklah tak adil kalau kita kata Umno yang rompak tapim kalau kita kata Umno rasuah itu betul," kata beliau secara berseloroh.
Mustafa menyifatkan Syed Azidi sebagai 'tentera upahan politik yang sanggup melakukan seperti yang diarahkan oleh tuannya.
"Syed Aziz tidak mempunyai integriti. Dia sendiri mengaku apa yang dia lakukan itu salah tapi dia tetapkan teruskan kerja dia buatlah," tambah beliau.
Pada 2 Mei lalu Syed Azidi atau dikenali sebagai Kickdefella mendedahkan nama lima individu terlibat menyalurkan peruntukan RM4 juta kepadanya untuk operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengekalkan pentadbiran Pas di Kelantan.
Beliau adalah bekas Ketua Komunikasi Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan