Sabtu, 22 Mei 2010

Parlimen JB Akan Jatuh Ke Tangan PR

Oleh PAS JB


Respon kepada kenyataan Dato Menteri Besar Johor, Dato Abd Ghani Othman yang mengatakan kaum cina akan terus memberi sokongan padu terhadap Barisan Nasional (BN) berdasarkan pendekatan yang mesra rakyat yang dilaksanakan kerajaan selama ini.

Beliau menyatakan Parlimen Johor Bahru dan Pulai kekal diwakili BN sejak sekian lama, fakta itu sekarang sudah tidak terpakai lagi. Ambillah pungutan suara dan pendapat dari pengundi cina di Johor Bahru ternyata majoritinya sudah bosan dengan BN.

Pola perubahan sokongan ini sudah berlaku sejak sekian lama. Untuk rekod Parlimen Johor Bahru pernah diadakan pilihanraya kecil pada 25 Ogos 1988 gara-gara perletakan jawatan wakil rakyat Umno yang sedang berkrisis ketika itu iaitu Dato Shahrir Abd Samad yang meletakkan jawatan dan bertanding semula atas tiket bebas dengan menggunakan lambang kunci dan menang dengan majoriti yang agak selesa.

Bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Almarhum En Abdul Razak Ahmad juga pernah mencipta sejarah bilamana hampir memenangi kerusi dun tambatan dan akhirnya kalah bilamana ada pengiraan semula.

Dalam pilihanraya umum tahun 2008 sendiri undi kaum cina di upu-upu kawasan mereka majoritinya dikuasai oleh pembangkang. Itupun belum sepenuhnya swing kerana majoritinya masih percaya dengan BN tetapi ianya kita lihat sendiri telah berubah dalam beberapa siri pilihanraya kecil undi dari kaum cina meningkat dengan mendadak seperti kerusi parlimen Bukit Gantang, Hulu Selangor dan terbaru di Sibu.

Kaum cina kali ini mengambil sikap tidak mahu lagi mendengar penjelasan dari wakil BN dan secara terang-terangan kaum cina semakin berani menghadiri program-program Pakatan Rakyat.

Tidak dinafikan Johor Bahru adalah kawasan kebal tetapi bukan lagi selesa untuk BN pada masa akan datang. Sikap kerajaan BN dalam menangani isu setinggan di parlimen Johor Bahru, Pulai dan Pasir Gudang akan memakan diri mereka sendiri.

Dun Tg Puteri dan Stulang sendiri masih kekal dengan kampung tradisi melayu dan kampung-kampung setinggan yang paling ramai yang sebelum ini cukup kuat dan setia menyokong BN. Begitu juga dengan undi pos di Dun Stulang yang cukup besar yang dimaklumi sebagai simpanan tetap BN sejak sekian lama.

MB Johor melahirkan harapan untuk menawan semula kerusi Dun Skudai dari DAP yang terletak dalam Parlimen Gelang Patah tetapi ianya mungkin igauan dan mimpi disiang hari.

InsyaAllah daerah Johor Bahru sendiri akan menyaksikan beberapa lagi kerusi akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13. Rakyat sudah muak dan jelak dengan BN yang terus-terusan menipu rakyat selama ini dan sekarang hanya menunggu masa untuk menghukum BN.

http://www.pasjohorbahru.com/

Tiada ulasan: