Thursday, May 27, 2010

Mesyuarat tubuh GMJ 1 Jun

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Mesyuarat penubuhan Gerakan Membantah Judi (GMJ) di peringkat pusat akan diadakan pada 1 Jun ini di Bilik Gerakan, Tingkat 22, Pejabat SUK Selangor bermula jam 3 petang.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, gerakan itu akan menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik untuk membantah judi bola yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, katanya semua NGO, persatuan penduduk dan wakil-wakil parti politik yang mahu bersama GMJ dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Tambahnya, wakil-wakil berkenaan bolehlah mengesahkan kehadiran kepada pengarah program, Suhaizan Kayat di talian 019-7285174 atau emel: suhaizankayat@yahoo.com.

No comments: